Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa baham Guam 2-1

Oct 12, 2023 | 10:01 PM



Stadium Nasional bergema dengan sorakan penyokong dan peminat Team Nila pada malam Khamis apabila skuad Singapura berjaya menundukkan Guam 2-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Gol-gol jaringan Christopher Van Huizen dan Mahler Jacob William dalam separuh masa pertama cukup untuk memastikan pasukan Singa membawa bekalan kelebihan satu gol apabila berkunjung ke Guam dalam perlawanan kedua antara kededua pasukan itu pada 17 Oktober.

Perlawanan sengit itu turut dihadiri Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Sekumpulan 10,355 peminat yang bersemangat mencipta suasana yang meriah di Stadium Nasional, dalam perlawanan yang menarik itu.

Dalam separuh masa pertama, skuad Singa nampak lebih garang dengan serangan mantap dan konsisten.

Van Huizen menjaringkan gol pada minit ke-35 dari luar kotak penalti pasukan lawan menerusi rembatan kencang – menewaskan pertahanan Guam.

Pada minit ke-40, pemain pertahanan Singapura, Mahler, menjaringkan gol dari jarak dekat hasil umpanan rakan sepasukan, Song Uiyong yang melakukan hantaran lintang.

Namun, serangan pasukan Singa gagal menemui sasaran dalam separuh masa kedua.

Singapura mendahului 2-0 sehingga minit ke-89 apabila kapten pasukan Guam, Jason Cunliffe, yang bermain posisi midfield menjaringkan gol cantik hasil tendangan bebas dari luar kotak penalti pasukan tuan rumah.

Perlawanan kedua akan berlangsung di Pusat Latihan Nasional Persatuan Bola Sepak Guam (GFA) di Harmon, Guam pada 17 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >