Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

UNDIAN KELAYAKAN PIALA ASIA

Singa hadapi laluan getir harungi kelayakan Piala Asia

Skuad negara masih belum punya jurulatih; Kyrgyzstan, Myanmar dan Tajikistan beri tentangan hebat
Feb 26, 2022 | 05:39 AM



PASUKAN Singapura telah diundi kelmarin untuk berdepan dengan pasukan yang agak mencabar bagi pusingan ketiga Kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.



Singapura, yang berada di tangga ke-161 dalam senarai dunia, berada dalam Kumpulan F bersama Kyrgyzstan (ke-96), Tajikistan (ke-115) dan Myanmar (ke-152), setelah mengelak pasukan berkedudukan tinggi Uzbekistan (ke-85), Bahrain (ke-89) dan Jordan (ke-90).



Pusingan kelayakan, yang dimainkan dalam format round-robin, akan diadakan antara 8 hingga 14 Jun di satu lokasi sebagai langkah selamat pandemik Covid-19.



Sebelum ini, ia dipertandingkan di tempat sendiri dan di tempat lawan (home-and-away).



Enam pemenang kumpulan dan lima pasukan terbaik di tempat kedua akan menyertai 13 pasukan yang sudah layak untuk kejohanan utama, yang diadakan di China tahun depan.



Penampilan tunggal Singapura di kejohanan utama benua itu datang pada tahun 1984 sebagai tuan rumah.



Mereka memulakan kempen pada 8 Jun ini dengan menentang tuan rumah Kyrgyzstan di ibu kota Bishkek. Kedua-dua negara kali terakhir bertemu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa November lalu, di mana pasukan Asia Tengah itu menang 2-1.



Sebulan kemudian di Piala AFF Suzuki, Singa menewaskan Myanmar 3-0 pada peringkat kumpulan dalam perjalanannya ke peringkat separuh akhir.



Tajikistan adalah penentang Singapura yang kurang dikenali. Mereka telah bertemu dua kali sebelum ini, semasa kelayakan Piala Dunia 2010 yang diadakan pada November 2007.



Singapura menang 2-0 di tempat sendiri dan mencatat keputusan seri 1-1 di tempat lawan.



Penjaga gawang veteran, Hassan Sunny, 37 tahun, berkata: "Perlawanan kelayakan tidak pernah mudah. Kami telah berdepan dengan Kyrgyzstan baru-baru ini dan kami tahu betapa sukarnya mereka.



"Mereka juga menganjurkan perlawanan kelayakan ini jadi mereka akan lebih bersedia. Tajikistan dan Myanmar adalah pasukan yang baik. Kami mahu menunjukkan sikap yang kami tunjukkan pada Piala AFF Suzuki dan mempunyai kempen kelayakan yang baik.



"Buat masa ini, kami tidak tahu siapa ketua jurulatih kami tetapi saya pasti sesiapa yang masuk akan menyediakan kami untuk perlawanan ini. Sebagai pemain kebangsaan, kami menantikannya".



Pasukan republik ini masih tanpa jurulatih kebangsaan selepas kontrak Tatsuma Yoshida Jepun ditamatkan pada 31 Dis tahun lepas. Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) menyasarkan pelantikan menjelang pertengahan Mac.



Bagi persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia, pasukan Singa dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan pada Mac nanti.



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pada 17 Feb bahawa ia akan berdepan dengan Singapura dan Filipina masing-masing pada 23 Mac dan 26 Mac.



Difahamkan, ketiga-tiga pasukan itu akan bersaing dalam kejohanan segi tiga yang diadakan di Stadium Negara di sini.



Kapten Singa, Hariss Harun berkata: "Kami semua tidak sabar untuk meneruskan aksi kompetitif pada Jun kerana pertaruhannya tinggi dan kami (Singapura) sudah lama tidak layak.



"Perlawanan akan datang padat dan pantas; perkara yang paling penting ialah mempunyai mentaliti terbaik dan memberikan yang terbaik. Ia akan menjadi suatu yang besar untuk bola sepak Singapura jika kami dapat melakukannya dan kami perlu mencuba dan mendorong diri kami sendiri".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >