Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelayakan Piala Asia

Singa kecewa

Lolos dua gol dalam tiga minit, anak didik Nishigaya tewas kepada Kyrgyzstan walau jaring gol pertama
Jun 09, 2022 | 05:27 AM



ERA baru pasukan Singa di bawah bimbingan jurulatih Takayuki Nishigaya, bermula dengan kekecewaan selepas Singapura, pasukan nombor 158 dunia, nyaris tumpas di tangan pasukan tangga ke-95 dunia, Kyrgyzstan 1-2 dalam kelayakan Piala Asia AFC pada 9 JUn.



 



Dua gol dalam tempoh lima minit pada babak kedua yang dijaringkan Kyrgzstan mencukupi untuk membantu pasukan tuan rumah itu bangkit mengatasi pasukan bola sepak nasional Singapura.



 



Nishigaya, 49 tahun, mengisi kerusi panas pasukan Singa pada 25 April lalu untuk menggantikan rakan senegara dari Jepun, Tatsuma Yoshida, yang meletakkan jawatan Disember tahun lalu.



 



Di Stadium Dolen Omurzakov di Bishek, Kyrgyzstan, Nishigaya mengekalkan formasi 3-5-2 yang digunakan Yoshida, dengan barisan serangannya dipimpin trio Ikhsan Fandi, Faris Ramli dan Song Ui-young.



 



Bakat muda, pemain midfield Shah Shahiran, 22 tahun, dan pemain bek kiri Nur Adam Abdullah, 21 tahun, juga diberi peluang oleh Nishigaya untuk beraksi.



 



Singapura memulakan perlawanan dengan rancak dan mengancam benteng pasukan tuan rumah, dengan Ikhsan dan Faris, membuat larian bijak untuk menembusi benteng pertahanan Kyrgyzstan.



 



Gerakan itu hampir berjaya membuahkan hasil dalam lima minit pertama apabila Ikhsan dan Faris masing-masing merintis peluang jaringan, tetapi kurang tajam dan gagal memperdaya penjaga gawang.



 



Kedua-dua pasukan kemudian memiliki peluang gol masing-masing untuk membuka tirai jaringan dalam kempen ini namun mana-mana gawang gagal dibolosi dalam separuh pertama. 



 



Singapura mengejutkan pasukan tuan rumah selepas waktu rehat apabila hantaran lintang Irfan Fandi menemui Song, yang berjaya mengatasi pemain pertahanan terakhir serta penjaga gol Kyrgyzstan dan secara tenang menyumbat gol pertama negara di kelayakan ini pada minit ke-55. 



 



Namun, Song, wira gol itu menjadi dalang kebangkitan pasukan tuan rumah apabila beliau mengasari Viktor Maier dalam kotak penalti pada minit ke-77. Kapten Kyrgyzstan, Valerii Kichin menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan. 



 



Lima minit kemudian, gol Maier membawa keceriaan kepada penyokong tempatan sekali gus cukup untuk merampas kemenangan dari Singapura.



 



Keputusan itu bermakna Singapura di tempat ketiga Kumpulan F tanpa memungut sebarang mata.



 



Tajikistan (tiga mata) mendahului kumpulan selepas membelasah Myanmar 4-0 awal sebelum itu, diikuti dengan Kyrgyzstan (tiga mata) di tangga kedua berdasarkan perbezaan gol.



 



Myanmar tercorot di tangga terendah kumpulan.



 



Ujian seterusnya bagi pasukan Singa adalah menentang Tajikistan, pasukan tangga 114 dunia, pada 11 Jun, sebelum berdepan dengan Myanmar (pasukan ke-152 dunia) pada 14 Jun. 



Hanya enam juara kumpulan dan lima naib juara terbaik  mara ke pusingan final tahun depan.  



Singapura tidak pernah melayakan diri ke Piala Asia, tetapi pernah beraksi sekali dalam pertandingan ini sebagai pasukan tuan rumah bagi edisi 1984.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >