Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Singa kurang menyerlah, timbulkan kebimbangan

Jurulatih Yoshida tolak kritikan terhadap anak didik tetapi akur pasukannya perlu bangkit pamer persembahan lebih baik di separuh akhir nanti
Dec 16, 2021 | 05:30 AM



SEMBILAN mata penuh daripada tiga perlawanan dan menjamin tempat ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki merupakan persembahan terbaik pasukan Singapura sejak 2012.



Namun, ia tidak mencerminkan keadaan sebenar berdasarkan reaksi kecewa dan kurang puas hati penyokong Singapura menyusuli perlawanan menentang Timor Leste malam kelmarin.



Singapura, yang menduduki tangga ke-160 dalam ranking pasukan bola sepak dunia, hanya mampu menjaringkan dua gol - hasil sumbangan Adam Swandi dan Shakir Hamzah - ke atas pasukan yang berada di tangga ke-194 dunia itu, dan sebelum ini tewas dalam semua perlawanan mereka dalam Kumpulan A sambil gawangnya dibolosi 13 gol.



Permainan yang secara keseluruhan tidak kemas dan serangan yang kurang mengancam serta pertahanan yang kelihatan goyah ketika diserang balas menimbulkan kebimbangan, terutamanya apabila pasukan Singa berdepan lawan yang lebih kuat, juara lima kali Thailand sebelum bersaing dalam pusingan kalah mati.



Walau bagaimanapun, keadaan tersebut tidak pula dirasakan jurulatih Singa, Tatsuma Yoshida, yang menolak saranan bahawa pasukannya bermain dengan hambar, malah sebaliknya meluahkan rasa "bangga" terhadap usaha mereka.



Jurulatih asal Jepun berusia 47 tahun itu berkata:



"Kami pasukan nasional Singapura... bukan Sepanyol, Korea Selatan atau Jepun. Sekiranya anda sokong pasukan tersebut, okay, anda boleh mempertikai persembahan mereka seperti itu.



"Tapi pemain kita sudah cuba bermain sebaik mungkin. Persembahan hari ini mungkin tidak sebaik yang diharapkan... pastinya saya tidak berpuas hati tapi saya bangga dengan para pemain.



"Tidak semestinya kami menang dua perlawanan pertama, kami akan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan. Kami masih belum berada di tahap prestasi terbaik… kami perlu terus memperbaiki diri sepanjang kejohanan."



Namun, masa semakin suntuk bagi Singa mencari rentak dalam memaparkan potensi sebenar mereka.



Anak didik Yoshida mempunyai satu lagi peluang lusa untuk membuktikan kualiti mereka apabila berdepan dengan pasukan gergasi rantau ini, Thailand.



Dan pemain pertahanan Singapura Shakir, yang juga Pemain Terbaik malam kelmarin, menggesa rakan sepasukannya untuk bangkit menunjukkan taring mereka apabila menentang Thailand.



"Kami semua menantikan perlawanan ini dan setiap pemain benar-benar ingin bermain menentang Thailand," kata pemain berusia 29 tahun itu. "Saya tahu kami belum mengalahkan Thailand sejak beberapa tahun lalu tapi jika kami bersatu sebagai sebuah pasukan, kami boleh menewaskan Thailand.



"Ia adalah cabaran besar tapi kami ingin menjuarai kumpulan ini."



Thailand dan Singapura mengutip sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan dan sudah menempah tiket ke separuh akhir.



Namun. Thailand mendahului Kumpulan A melalui perbezaan gol.



Kemenangan untuk mana-mana pasukan bermakna mereka menjuarai kumpulan dan kemungkinan dapat elak bertemu juara bertahan, Vietnam, dalam separuh akhir.




 "Tapi pemain kita sudah cuba bermain sebaik mungkin. Persembahan hari ini mungkin tidak sebaik yang diharapkan... pastinya saya tidak berpuas hati tapi saya bangga dengan para pemain. Tidak semestinya kami menang dua perlawanan pertama, kami akan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan. Kami masih belum berada di tahap prestasi terbaik… kami perlu terus memperbaiki diri sepanjang kejohanan."
- Jurulatih Singa, Tatsuma Yoshida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >