Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU: SINGAPURA LAWAN LAOS

Singa masih belum meyakinkan walau sudah menang 2 kali

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN sudah menikmati dua kemenangan daripada dua perlawanan pertamanya, pasukan Singa masih belum lagi mengaum dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022.



Persembahan Singapura di bawah kendalian jurulatih Takayuki Nishigaya sejauh ini boleh dianggap kurang meyakinkan.



Menentang dua pasukan kerdil dalam Kumpulan B, Singapura perlu bangkit daripada ketinggalan sebeleum menang tipis 3-2 ke atas Myanmar di laman sendiri pada Sabtu lalu sebelum 'bergelut' untuk menewaskan Laos 2-0 di Vientiane, kelmarin.



Singapura kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan B yang terdiri daripada lima pasukan, di belakang pendahulu Vietnam dan Malaysia.



Ketiga-tiga pasukan terikat mengumpul enam mata. Malaysia sudah beraksi dalam tiga perlawanan, sementara Vietnam dan Singapura berbaki dua perlawanan.



Bagaimanapun, ujian sebenar anak didik Nishigaya bermula esok.



Singapura kembali ke Stadium Jalan Besar untuk berdepan Vietnam dan empat hari kemudian, mereka akan menyeberang Tambak ke Kuala Lumpur menentang musuh ketat, Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menempah tiket ke separuh akhir.



Dalam perlawanan di Stadium Nasional Baru Laos kelmarin, pasukan Singa kelihatan letih dan kurang bertenaga dalam pergerakan mereka.



Ini meskipun Nishigaya membuat enam perubahan pada kesebelasan utamanya daripada perlawanan Sabtu lalu untuk menyuntik kesegaran dalam pasukan.



Ancaman serangan Singapura kurang menyengat. Trio penyerang - Ilhan Fandi, Song Uiyoung dan Faris Ramli - tumpul di depan gol menentang pertahanan Laos yang sudah membolos 11 gol sebelum ini ketika berdepan Vietnam dan Malaysia.



Faris terlepas beberapa peluang jaringan terbuka, manakala Song kelihatan masih mencari tahap kecergasannya menyusuli kecederaan buku lali.



Ilhan, yang menjaringkan satu gol dalam perlawanan pembukaan Singapura, pula dibiarkan kecewa dalam kotak penalti dengan hantaran hambar dari kedua-dua pemain bek sayap, Hafiz Nor dan Nazrul Nazari.



Di bahagian pertahanan, Hafiz dan Nazrul juga dilihat cuai apabila pemain Laos beberapa kali mudah mengatasi mereka.



Nishigaya, dalam ulasannya selepas perlawanan, bagaimanapun, berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak didiknya, meskipun akur ada ruang untuk diperbaiki.



"Pemain sudah tentu faham mereka harus memperbaik lebih persembahan, kakitangan jurulatih juga memahami perkara itu. Kami ada banyak lagi perlawanan dan kami akan meningkatkan diri," kata warga Jepun itu.



Peningkatan sememangnya wajar sekiranya Nishigaya dan anak didiknya ingin memberi saingan sengit dan tidak mahu dimalukan di depan penyokong sendiri ketika menjadi tuan rumah kepada Vietnam esok.



"Apa yang paling penting adalah bagaimana kita bermain dalam perlawanan seterusnya. Seperti anda tahu, Vietnam ialah pasukan kuat. Kami hanya akan fokus pada perlawanan sebagai sepasukan," tambah warga Jepun itu.



Kelmarin, Vietnam menumbangkan Malaysia 3-0 di Hanoi, memberi amaran kepada lawan mengapa mereka adalah antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala AFF tahun ini.




Tiket saksikan Singa lawan Harimau Malaya



TIKET bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala AFF 2022 Singapura menentang Malaysia telah dijual sejak tengah hari semalam.



Pasukan Singa akan berdepan Malaysia Selasa ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 8.30 malam.



Sebanyak 1,000 tiket dijual di gerai tiket Stadium Jalan Besar di South Stand, dengan setiap tiket berharga S$12.



Gerai tiket akan beroperasi dari tengah hari hingga 8 malam setiap hari mulai semalam hingga Jumaat, dan dari 10 pagi hingga 2 petang pada hari Sabtu.



Setiap orang dibenarkan membeli maksimum 10 tiket, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



"Peminat amat digalakkan membeli tiket mereka sama ada menggunakan Nets atau PayNow," tambah FAS.



Peminat bola sepak juga boleh membeli tiket dalam talian melalui laman web Ticket Hotline setelah mereka mendaftar akaun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >