Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singa Muda di ambang penyingkiran selepas hanya mampu seri dengan M'sia

May 14, 2022 | 7:40 PM
Singapura hanya mampu mengumpul 5 mata dalam empat perlawanan.
Singapura hanya mampu mengumpul 5 mata dalam empat perlawanan. - - Foto SNOC

Dari Hanoi

SINGAPURA berada di ambang penyingkiran dari Sukan SEA selepas keputusan seri 2-2 bersama Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan B mereka petang tadi.

Dalam perlawanan yang mereka perlu menang itu, anak buah Nazri Nasir gagal dalam misi mereka untuk mendapatkan kesemua tiga mata penuh di Stadium Thien Truong di Nam Dinh yang ditonton oleh 22,768 penonton.

Singapura jatuh dibelakang seawal 4 minit apabila penyerang Luqman Hakim menyempurnakan peluang daripada kesalahan yang dibuat pemain bek Harhys Stewart di kotak penalti.

Namun, sikap enggan menyerah kalah Singa Muda terserlah apabila pemain tengah Shah Shahiran menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-7 dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti.

Luqman hampir menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-32 namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gawang dan kapten Singa, Zaiful Nizam.

Harhys berjaya menebus kesalahannya dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 dari jarak dekat selepas hantaran tepat dari Shah Shahiran.

Namun, kegembiraan Singapura hanya buat sementara sahaja apabila pemain bek Muhammad Faiz berjaya menandukkan gol penyamaan Harimau Muda dari sepakan sudut pada minit ke-82.

Keputusan itu bermakna Singa hanya mampu mengumpul lima mata dalam empat perlawanan.

Harapan Singa Muda mara ke peringkat separuh akhir amat tipis.

Mereka perlu berharap keputusan perlawanan pasukan lain berpihak pada mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg