Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singa Muda diundi bersama dua musuh tradisi - Thailand dan Malaysia

Skuad nasional wanita yang akan tampil di temasya buat kali pertama sejak 2003 pula diundi bersama Thai, Myanmar dan Laos
Apr 7, 2022 | 5:30 AM
AKHIRI KEMARAU PINGAT: Singa Muda perlu mengatasi cabaran dua musuh ketat - Thailand dan Malaysia - jika mahu melangkah ke separuh akhir Sukan SEA nanti. Kumpulannya turut menampilkan Kemboja dan Laos. - Foto BH oleh KHALID BABA
AKHIRI KEMARAU PINGAT: Singa Muda perlu mengatasi cabaran dua musuh ketat - Thailand dan Malaysia - jika mahu melangkah ke separuh akhir Sukan SEA nanti. Kumpulannya turut menampilkan Kemboja dan Laos. - Foto BH oleh KHALID BABA -

SINGAPURA mengelak beberapa pasukan handalan bola sepak Asia Tenggara di Sukan SEA Hanoi pada 12 hingga 23 Mei ini apabila diundi dalam kumpulan yang lebih mudah semalam.

Singa Muda diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, yang merupakan rekod juara 16 kali Sulan SEA dan salah satu daripada dua pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan, Malaysia, Kemboja dan Laos.

Singapura akan memulakan kempen mereka menentang Laos pada 7 Mei.

Juara bertahan Vietnam dan naib johan edisi 2019 Indonesia menganggotai Kumpulan A bersama-sama Myanmar, Filipina dan Timor Leste.

Hanya dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir kejohanan.

Perlawanan Kumpulan A akan diadakan di Stadium Viet Tri dekat wilayah Phu Tho, manakala Kumpulan B akan dimainkan di Stadium Thien Truong di Nam Dinh.

Final dijadual diadakan di Stadium Nasional My Dinh, yang mampu menampung 40,000 penonton, di Hanoi pada 22 Mei.

Singa Muda kendalian jurulatih Nazri Nasir menjadi skuad terkini untuk cuba mengakhiri kemarau pingat emas bola sepak negara di temasya sukan dwitahunan itu.

Pencapaian terbaik Singapura adalah sebagai naib juara di edisi 1983, 1985 dan 1989.

Bola sepak di Sukan SEA menjadi kejohanan bawah 23 tahun pada 2001, dan kemudian pertandingan bawah 22 tahun mulai 2017. Sejak itu, Singapura gagal melepasi pusingan kumpulan.

Pasukan wanita Singa pula bakal membuat penampilan pertama mereka sejak 2003 di temasya sukan itu berdepan naib juara Sukan SEA 2019, Thailand, pada 10 Mei.

Singapura dan Thailand diundi dalam Kumpulan B bersama Myanmar dan Laos.

Pasukan wanita Singa kendalian jurulatih Stephen Ng namun elak bertemu dua pasukan Asean yang telah melayakkan diri ke Piala Dunia Wanita Fifa 2023 - Vietnam dan Filipina - yang berada dalam Kumpulan A.

Juara bertahan Vietnam akan turut disertai Kemboja dan Indonesia dalam kumpulan itu.

Bola sepak wanita di Sukan SEA bukan pertandingan peringkat umur, sebaliknya menampilkan pasukan nasional masing-masing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg