Premium
Singa Muda tebus maruah, belasah Brunei 7-0
Dec 6, 2019 | 5:30 AM
MISI CARI GOL: Irfan (jersi 17) cuba menanduk masuk bola ke dalam gawang lawan dalam kemenangan 7-0 Singapura ke atas Brunei di Stadium Memorial Rizal semalam. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM -
SINGA Muda menebus sebahagian maruah yang hilang selepas ia menjaringkan tujuh gol untuk membelasah Brunei 7-0 dalam perlawanan kumpulan terakhir di Stadium Memorial Rizal, Manila, semalam.
Anak didik Fandi Ahmad telah tersingkir dari pertandingan bola sepak bawah 22 tahun itu selepas hanya meraih satu mata dalam empat perlawanan pertama. Ia juga gagal menjaringkan sebarang gol sebelum perlawanan semalam.

