Topik diikuti
Pergi ke BHkuSinga Muda temui Thailand, Indonesia dan Vietnam di Sukan Sea
Singa Muda temui Thailand, Indonesia dan Vietnam di Sukan Sea
Singa Muda temui Thailand, Indonesia dan Vietnam di Sukan Sea
HADAPI SAINGAN MANTAP: Jurulatih Singa Muda, Fandi Ahmad, akan berdepan dengan saingan mantap di Sukan Sea tahun ini apabila Singapura diletakkan dalam Kumpulan B bersama Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos dan Brunei. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
Oct 15, 2019 | 12:16 PM
SINGA Muda akan berdepan dengan saingan mantap di Sukan Sea di Filipina tahun ini selepas cabutan kumpulan diumumkan di Manila, Filipina pagi tadi (15 Oktober).
Anak didikan Fandi Ahamd diletakkan dalam Kumpulan B bersama Thailand iaitu juara bertahan dan juara 16 kali sukan dwitahunan itu di samping Indonesia, Vietnam, Laos dan Brunei.
Kumpulan A pula melihat tuan rumah, Filipina bakal berentap dengan Malaysia, Myanmar, Cambodia dan Timor Leste.
Perlawanan pusingan kumpulan akan bermula 25 November ini.
