Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA ASIA BAWAH 23 TAHUN

Singa Muda tersingkir tapi Nazri tetap positif

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN terkandas di pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (U23) 2022 Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), ketua jurulatih Singa Muda Nazri Nasir merasakan pasukannya dapat membina rentak daripada beberapa paparan positif sepanjang kempen kelayakan sedang mereka kini beralih tumpuan kepada Sukan SEA dan Sukan Asia tahun depan.



Singapura gagal mara ke Piala Asia U23 tahun depan selepas tumpas 1-5 kepada Korea Selatan di Stadium Jalan Besar kelmarin.



Hanya pemenang kumpulan dan empat naib juara terbaik daripada 11 kumpulan akan melayakkan diri ke kejohanan utama yang bakal diadakan di Uzbekistan pada Jun depan.



Kekalahan malam kelmarin bermakna Singapura hanya mampu menduduki tangga kedua dalam Kumpulan H, mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan dalam kempen kelayakan kali ini.



Korea Selatan selaku pemenang Kumpulan H berjaya melayakkan diri ke kejohanan utama. Juara bertahan itu mencatatkan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan, mengutip sembilan mata penuh.



Mengulas perlawanan terakhir kelayakan mereka itu, Nazri berkata:



"Saya terutamanya bangga dengan bagaimana pemain kami bersaing menentang Korea Selatan dalam babak kedua. Sepanjang tiga perlawanan, mereka menunjukkan permainan bola sepak yang positif. Kami tidak duduk diam, bertahan saja atau tunggu untuk diserang, kami sentiasa cuba mencipta jaringan.



"Kami tahu tahap bola sepak Korea Selatan sememangnya berbeza, dan perbezaannya sangat jelas. Tapi, ia pengalaman yang baik, dan pemain kini memahami apa itu tahap terbaik bola sepak Asia.



"Saya harap tahun depan kami dapat bermain lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa supaya kami dapat memperbaiki prestasi."



Nazri mengubah formasi permainan malam kelmarin - membariskan tiga bek tengah. Beliau juga membuat empat perubahan pada barisan pemainnya daripada pasukan yang menang 1-0 ke atas Filipina pada Khamis lalu.



Ryaan Sanizal, Nur Adam Abdullah, Rezza Ramadhani dan Shah Shahiran memulakan perlawanan di depan sekitar 990 penyokong yang hadir malam kelmarin, menggantikan Danish Irfan, Zamani Zamri, Khairin Nadim dan Joel Chew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >