Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA AFF SUZUKI

Singa perlu ada semangat kental, keyakinan: Shahdan

Tunggak midfield antara 5 pemain dalam skuad negara yang berpengalaman julang trofi kejuaraan Piala AFF 2012
Dec 04, 2021 | 05:30 AM



SEMANGAT kental, kesungguhan dan keyakinan untuk menjulang kejuaraan dalam diri setiap pemain.



Itulah nilai-nilai yang harus ada dalam pemain sekiranya Singapura ingin berpeluang menjuarai Piala Suzuki AFF yang bermula di tanah air sendiri esok, kata pemain veteran midfield Singapura, Shahdan Sulaiman, yang juga merupakan sebahagian skuad Singa yang merangkul kejuaraan pada 2012.



Piala Suzuki AFF 2012 adalah kali terakhir Singapura muncul juara dalam kejohanan dwitahunan rantau ini.



Singapura, juara empat kali, pernah juga memenangi pertandingan itu pada 1998, 2004 dan 2007.



Mengimbas kejayaan di sebalik kempen Piala Suzuki AFF 2012, yang ketika itu dibimbing jurulatih Radojko Avramovic, Shahdan, 33 tahun, berkata:



"Ia akan memerlukan semangat kental dan kesungguhan dalam diri setiap pemain dan kepercayaan bahawa kami boleh julang trofi kejuaraan. Sekiranya kami ada nilai-nilai ini, saya tidak lihat mengapa kami tidak boleh menjadi juara."



Selain Shahdan, empat lagi pemain dalam skuad Singa pilihan jurulatih Tatsuma Yoshida di edisi kejohanan ke-13 kali ini turut beraksi pada 2012.



Mereka adalah kapten Singa dan rakan sepasukan di Lion City Sailors, Hariss Harun; penjaga gol Hougang United Izwan Mahbud; pemain pertahanan kelab Selangor di Malaysia Safuwan Baharudin; dan pemain midfield kelab Thai Sukhothai FC Zulfahmi Arifin.



Singa akan memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2020 mereka menentang Myanmar di Stadium Negara esok.



Anak didik Yoshida diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara lima kali Thailand, Filipina, Myanmar dan Timor Leste.



Kumpulan B dianggotai juara bertahan Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.



Shahdan, yang melalui musim cemerlang selepas memenangi kejuaraan bersejarah Liga Perdana Singapura musim ini bersama Sailors - yang pertama buat kelab setempat dalam tujuh tahun - akur mengenai ancaman setiap pasukan pesaing, menyatakan "tiada pasukan yang boleh diambil mudah".



"Seperti yang pernah kita lihat, mana-mana pasukan boleh menewaskan sebarang pasukan pada hari yang mereka beraksi baik. Jadi, kami tidak boleh mengambil mudah mana-mana pasukan.



"Oleh itu, tumpuan utama haruslah pada diri kami sendiri dan persembahan kami tanpa mengira siapa lawan kami."



Shahdan juga menekankan pentingnya untuk pasukan Singa mencatatkan permulaan baik.



"Kami perlu bermula dengan baik dan kemenangan semestinya akan memberikan rangsangan kepada pasukan," kata Shahdan, yang berharap kelebihan bermain di laman sendiri dapat membawa pasukan Singa melangkah ke final.



Sokongan peminat setempat di Stadium Negara akan memberi semangat kepada pasukan Singa, tambah Shahdan.



"Sudah lama sejak kami kali terakhir bermain perlawanan antarabangsa di padang sendiri. Kami harap dapat membawa sedikit keceriaan kepada peminat semasa tempoh pandemik yang sukar ini," ujarnya.



Ditanya sekiranya edisi Piala Suzuki AFF ini adalah yang terakhir buatnya, Shahdan yang telah membuat 68 penampilan dan menjaringkan lima gol buat pasukan negara, tidak menetapkan sebarang tarikh akhir pada persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.



"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya menghargai setiap panggilan bermain untuk pasukan nasional. Jadi, saya menerima setiap panggilan itu seperti yang terakhir saya.



"Saya hanya akan mengambil setiap perlawanan serta kejohanan satu persatu dan melihat ke mana ia membawa saya," tambah Shahdan.




"Ia akan memerlukan semangat kental dan kesungguhan dalam diri setiap pemain dan kepercayaan bahawa kami boleh julang trofi kejuaraan. Sekiranya kami ada nilai-nilai ini, saya tidak lihat mengapa kami tidak boleh menjadi juara... kami tidak boleh mengambil mudah mana-mana pasukan. Oleh itu, tumpuan utama haruslah pada diri kami sendiri dan persembahan kami tanpa mengira siapa lawan kami."
- Tunggak midfield Singa, Shahdan Sulaiman.




SEKILAS PIALA AFF SUZUKI



Tarikh kejohanan: 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022



Lokasi perlawanan: Stadium Negara dan Stadium Bishan



Kumpulan A:

Singapura, Thailand, Filipina, Myanmar dan Timor Leste



Kumpulan B:

Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos



 • Tiket berharga $25 (dewasa) dan $15 (kanak-kanak) boleh dibeli melalui laman web Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), www.fas.org.sg/tickets



 • Perlawanan akan juga disiarkan secara langsung percuma di platform digital Mediacorp, meWATCH, sementara sorotan perlawanan boleh ditonton di saluran YouTube meWATCH dan Mediacorp Entertainment




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >