Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK KELAYAKAN PIALA ASIA

Singa perlu belajar untuk menang: Nishigaya

Rumusan jurulatih di akhir kempen kelayakan; Singa gagal layak ke Piala Asia tetapi elak akhiri saingan di tangga corot selepas atasi Myanmar
Jun 16, 2022 | 05:49 AM



PASUKAN Singa harus belajar untuk menang, kata ketua jurulatih Takayuki Nishigaya dalam ulasannya mengenai persembahan skuad negara sepanjang kelayakan Piala Asia yang berakhir kelmarin.



Singapura mengakhiri kempen dengan kemenangan saguhati selepas hatrik sulung Ikhsan Fandi dalam perlawanan antarabangsa membantu pasukan membelasah Myanmar 6-2 di Stadium Dolen Omurzakov di Bishek, Kyrgyzstan.



Kemenangan itu juga yang pertama buat Nishigaya dalam empat perlawanan sejak dilantik mengisi kerusi panas pasukan Singa pada 25 April lalu.



"Kami menunjukkan persembahan baik menentang pasukan kuat tetapi kami harus memastikan persembahan itu dijadikan kemenangan... itulah aspek yang perlu kami perbaiki seterusnya," kata warga Jepun itu.



Singa, yang menghuni tangga 158 dunia, mengalami kekalahan tipis 1-2 kepada Kyrgyzstan (pasukan nombor 95 dunia) dan 0-1 kepada Tajikistan (pasukan nombor 114 dunia) 0-1, dalam dua perlawanan pertama kelayakan, di mana penyerang negara mensesiakan beberapa peluang jaringan baik di depan gawang lawan.



Pesta gol yang diharapkan itu namun hanya muncul pada perlawanan penutup kelmarin.



Selain hatrik Ikhsan - yang menjadikan jumlah jaringannya kepada 16 gol dalam 31 perlawanan untuk pasukan Singa - Song Ui-young, Gabriel Quak dan Hafiz Nor turut menemui sasaran menentang Myanmar.



Nishigaya menambah bahawa persembahan anak didiknya dalam kempen ini menunjukkan tanda-tanda positif dan dapat merangsang keyakinan pasukan untuk perlawanan akan datang.



"Inilah bola sepak dan kami harus terus berusaha gigih dan memastikan kami dapat menjaringkan gol," ujarnya.



Dengan tamatnya kelayakan Piala Asia, Nishigaya akan pulang ke Singapura untuk mengatur semula strateginya bagi memperkukuhkan lagi skuad nasional.



"Saya seterusnya merancang meninjau prestasi pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura... saya berharap pemain dalam setiap kelab dapat meningkatkan prestasi mereka," kongsinya.



Keputusan kelmarin bagaimanapun hanya mampu meletakkan Singapura di tangga ketiga Kumpulan F dengan tiga mata daripada tiga perlawanan di akhir kelayakan itu.



Kyrgyzstan dan Tajikistan, yang kedua-duanya mengutip tujuh mata, berjaya mara ke pusingan akhir Piala Asia tahun depan, manakala Myanmar menduduki tangga corot.



Hanya enam juara kumpulan dan lima pasukan tempat kedua terbaik layak ke pusingan akhir kejohanan.



Meskipun Singapura dan Myanmar gagal melayakkan diri dari Kumpulan F, Piala Asia tahun depan menyaksikan jumlah rekod pasukan Asean bertanding.



Malaysia akan kembali beraksi dalam Piala Asia selepas 15 tahun menyepi, sementara Indonesia berjaya melayakkan diri ke pentas terunggul bola sepak Asia itu buat julung kalinya sejak 2007.



Mereka akan disertai dua pasukan gergasi bola sepak Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >