Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN PIALA AFF SUZUKI

Singa tewas besar kepada Maghribi tapi Yoshida tetap positif

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



KEKALAHAN 1-7 kepada Maghribi 'A' adalah pahit, tetapi jurulatih pasukan bola sepak Singapura, Tatsuma Yoshida, berkata pasukannya telah menunjukkan peningkatan prestasi.



Beliau berkata prestasi anak didiknya semasa beraksi dalam dua perlawanan persahabatan semasa menjalani kem latihan di Dubai adalah lebih baik berbanding yang ditunjukkan semasa kelayakan Piala Dunia pada Jun lalu.



Namun, Yoshida akur pasukannya masih perlu mempertingkat keupayaan dalam beberapa lagi aspek permainan.



"Lawan kita hari ini setaraf atau lebih handal daripada Arab Saudi yang menentang kami pada Jun lalu," ujar beliau.



"Walaupun secara keseluruhan persembahan pasukan tidak begitu menghampakan, saya harap para pemain sedar kejayaan di peringkat antarabangsa bergantung pada aspek kecil, seperti bagaimana kita membawa bola ke arah gawang lawan selepas kita merampas bola dan bagaimana kita bersaing dengan lawan untuk merebut bola kedua atau second-ball."



Kekalahan besar ini - di tangan pasukan yang dibentuk kebanyakannya oleh pemain Maghribi yang beraksi dalam liga domestik - adalah yang kedua dalam dua perlawanan persahabatan di Dubai.



Awal daripada itu, Singa juga tewas 2-1 kepada Republik Kyrgyz.



Pasukan nasional pulang ke tanah air hari ini selepas kem latihan 10 hari di Dubai sebagai persiapan menjelang Piala AFF Suzuki bulan depan yang akan diadakan di Singapura.



Namun persiapan pasukan menjelang pertandingan bagi negara-negara Asean itu tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.



Dua tunggak - kapten Hariss Harun dan Hafiz Nor - tidak menyertai pasukan di Dubai akibat Covid-19.



Hariss didapati dijangkiti Covid-19 sejurus sebelum pasukan berangkat ke Dubai dan terpaksa mengundurkan diri.



Hafiz pula terpaksa mengasingkan diri di rumah selepas seorang anggota keluarganya dijangkiti Covid-19.



Kededua pemain itu, yang juga rakan sekelab di Lion City Sailors, telah kembali ke padang latihan.



Selain itu, Yoshida belum lagi dapat dapat menurunkan kesebelasan terkuat Singa dan menguji cara mereka bermain bersama.



Dalam perlawanan dengan Maghribi 'A', beliau terpaksa menurunkan kesebelasan utama yang tidak termasuk pemain-pemain yang berpangkalan di luar negeri seperti Safuwan Baharudin, Irfan Fandi dan Zulfahmi Arifin, yang terpaksa meninggalkan kem latihan lebih awal kerana komitmen bersama kelab masing-masing.



Safuwan menyarungi jersi Selangor dalam Liga Super Malaysia, sementara Irfan dan Zulfahmi beraksi dalam liga utama di Thailand.



Singapura memulakan kempen Piala AFF Suzuki pada 5 Disember ini dengan menentang Myanmar di Stadium Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >