Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singa tewas di tangan Myanmar, gagal catat dua kemenangan berturut-turut

Jun 11, 2019 | 10:44 PM
WIRA PASUKAN MYANMAR: (tengah, jersi putih nombor 10) Kyaw Ko Ko meraikan gol pertamanya selepas menembusi benteng pertahanan Singapura pada minit kelima perlawanan.
WIRA PASUKAN MYANMAR: (tengah, jersi putih nombor 10) Kyaw Ko Ko meraikan gol pertamanya selepas menembusi benteng pertahanan Singapura pada minit kelima perlawanan. - Foto Chong Jun Liang

DUA jaringan gol penyerang Myanmar, Kyaw Ko Ko, mematahkan hasrat skuad Singa untuk mencapai dua kemenangan berturut-turut di bawah pimpinan jurulatih nasional baru, Tatsuma Yoshida.

Kyaw, yang bermain untuk pasukan Pattaya United FC di Thailand, membuka tirai jaringan gol pada minit kelima perlawanan.

Singapura kembali bangit menerusi jaringan gol Gabriel Quak pada minit ke-25 untuk menyerikan keadaan 1-1. Namun, Kyaw sekali lagi menembusi benteng pertahanan Singapura pada minit ke-67 untuk menjadi wira bagi pasukan Myanmar.

Perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Nasional malam itu berakhir dengan kekalahan 1-2 ke atas tuan rumah.

Ini merupakan kekalahan pertama Yoshida selepas menewaskan Solomon Islands 4-3 pada Sabtu lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg