Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa tiada nasib, terpaksa kongsi mata

Sep 06, 2017 | 05:30 AM



TERDESAK memerlukan kemenangan untuk menghidupkan semula peluang melayakkan diri ke Piala Asia 2019, pasukan bola sepak Singapura agak kurang bernasib baik apabila terpaksa berkongsi mata dengan Turkmenistan selepas pertemuan di Stadium Jalan Besar malam tadi berakhir 1-1.



Menyusuli keputusan seri 0-0 dengan Bahrain pada Mac lalu dan kekalahan mengejut 1-2 kepada Taiwan sekitar dua bulan lalu, pasukan nasional pimpinan V. Sundramoorthy memburu kemenangan dalam pertarungan kelayakan Kumpulan E ini.



Harapan itu kelihatan menjadi kenyataan apabila pemain pertahanan Shakir Hamzah muncul dengan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-62 selepas satu gerakan cemerlang yang dimulakan kapten Hariss Harun.



Namun, kegagalan Singa memanfaatkan beberapa peluang jaringan terutama dalam separuh masa pertama akhirnya menghukum diri sendiri apabila Annadurdyyev Altymyrat menyamakan kedudukan bagi Turkmenistan lapan minit sebelum tamat.



Singa kini tiada pilihan kecuali memenangi baki tiga perlawanan terakhir kumpulannya jika mendambakan peluang mara ke Piala Asia 2019 anjuran Amiriah Arab Bersatu (UAE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >