Singa tidak mampu berputih mata bila menentang Timor Leste, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

PIALA AFF SUZUKI

Singa tidak mampu berputih mata bila menentang Timor Leste

Nov 21, 2018 | 05:30 AM

KEPUTUSAN malam ini akan menentukan nasib Singapura dalam kejohanan Piala AFF Suzuki.

Berdasarkan jangkaan, skuad Singa mempunyai harapan cerah untuk memungut tiga mata penuh bagi menebus kekecewaan ketika tumpas 1-0 kepada Filipina minggu lalu.

Bagaimanapun, Timor-Leste yang dilihat sebagai pasukan kerdil Kumpulan B merupakan sebuah pasukan yang mampu membuat kejutan seperti apa yang telah mereka pamerkan ketika dua perlawanan terakhir mereka.

Meskipun dibenam 7-0 oleh Thailand dalam perlawanan pembukaan, pasukan yang dikendalikan jurulatih dari Jepun, Norio Tsukitate, bangkit dengan persembahan memberangsangkan.

Dalam pertemuan mereka dengan Indonesia di Jakarta, Timor-Leste mengejutkan penyokong pasukan tuan rumah dengan membuka tirai jaringan di minit ke-48. Namun mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya kecundang 3-1.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ketika perlawanan menentang Filipina Sabtu lalu, nasib mereka dalam perlawanan tersebut bagaikan sudah ditetapkan selepas ketinggalan 3-0.

Namun mereka menunjukkan daya tahan yang jitu dan hampir kembali memberi tentangan hebat kepada pasukan Azkals dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-73 dan ke-76.

Pemain mereka bagaikan mempunyai semangat yang tidak mudah luntur dan akan berjuang hingga ke akhir perlawanan.

Walaupun sudahpun tersingkir dari kejohanan ini, semangat pemain Timor-Leste mungkin menimbulkan kekhuatiran bagi pasukan bimbingan Fandi Ahmad, lebih-lebih lagi apabila mereka menyasarkan untuk mendapatkan mata pertama dalam perlawanan terakhir mereka di Kumpulan B di Stadium Negara malam ini.

Ini merupakan penampilan kedua pasukan yang dikenali dengan gelaran O Sol Nascente dalam Piala AFF Suzuki.

Pasukan yang berada di tangga ke-191 dalam ranking Fifa membuat penampilan sulung mereka dalam kejohanan ini pada 2004 yang dahulu dikenali sebagai Piala Tiger.

Ketika itu, mereka terpaksa menempuhi cabaran besar selepas ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Malaysia, Thailand, Filipina dan Myanmar.

Kekalahan besar berturut-turut menyelubungi perjuangan mereka di kejohanan itu sambil melihat gawang mereka dibolosi sebanyak 18 kali.

Mereka kemudiannya gagal melayakkan diri dalam lapan edisi seterusnya sebelum melihat nasib mereka berubah pada September lalu untuk kembali beraksi di Piala AFF Suzuki selepas mengalahkan Brunei 3-2 secara agregat.

Dengan usia purata sekitar 20.65 tahun, skuad Timor-Leste di Piala AFF Suzuki ini adalah yang termuda dalam kejohanan ini.

Usia purata pemain yang ditampilkan bagi perlawanan pembukaan mereka dengan Indonesia adalah hanya 20 tahun.

Namun begitu, mereka mempunyai pemain muda yang lincah seperti Henrique Cruz dan Rufino Gama - kededua mereka berusia 20 tahun dan telah ditampilkan dalam tiga perlawanan Timor-Leste dalam kejohanan ini.

Walaupun Singapura belum pernah menentang Timor-Leste di peringkat senior antarabangsa, pasukan belia kededua pasukan pernah bertemu dalam pelbagai pertandingan sejak kebelakangan ini.

Antara perlawanan tersebut ialah ketika skuad muda Timor-Leste menewaskan Singapura 2-1 di perlawanan separuh akhir kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah tahun ini.

Gol Timor-Leste telah dijaringkan oleh Cruz dan Gama.

Pasukan bawah-21 tahun Singapura itu dipimpin oleh Fandi dan menampilkan pemain seperti Ikhsan Fandi dan Jacob Mahler dalam barisan kesebelasan utama mereka.

Fandi semestinya akan berharap dapat menebus kekecewaan tersebut dengan skuad senior beliau dalam perlawanan malam ini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map