Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF 2022

Singa tidak ubah taktik walau tanpa Ikhsan

Empat penyerang dan lima wajah baru dalam skuad 23 pemain
Dec 21, 2022 | 05:30 AM



DALAM ketiadaan penyerang utama Ikhsan Fandi, empat pemain telah dipilih jurulatih Takayuki Nishigaya untuk membentuk armada serangan pasukan Singa di Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022, menjelang perlawanan pembuka tirai dengan Myanmar di Stadium Jalan Besar (JBS) Sabtu nanti.



Nishigaya semalam mengumumkan skuadnya seramai 23 yang termasuk pemain barisan depan iaitu Ilhan Fandi, Shawal Anuar, Faris Ramli dan Amy Recha.



Seorang lagi penyerang Taufik Suparno tidak dapat menyertai skuad atas urusan peribadi.



Mereka dipilih daripada skuad 29 pemain yang menjalani kem latihan di Jepun baru-baru ini.



Ikhsan, yang mengalami kecederaan teruk di lututnya dalam perlawanan dengan Maldives Sabtu lalu tidak akan beraksi dalam kejohanan peringkat Asean tersebut, yang telah bermula semalam dan dijadual berlangsung hingga 16 Januari.



Seorang lagi pemain tunggak, Adam Swandi juga tidak akan beraksi dalam kejohanan kali ini kerana mengalami kecederaan di lutut dalam perlawanan yang sama.



Menjawab pertanyaan wartawan di sidang media di JBS semalam Nishigaya berkata beliau tidak akan mengubah taktik pasukan walaupun dua pemain itu tiada.



"Kami tidak akan mengubah apa-apa. Kami akan bermain mengikut konsep permainan yang telah ditetapkan...Saya meletakkan keyakinan penuh pada para pemain ini untuk bergabung dan menjaringkan gol," kata Nishigaya.



Ketiadaan Ikhsan dan Adam dijangka boleh menjejas peluang pasukan nasional mara ke peringkat lanjut pertandingan.



Adam ialah tunggak kreatif di midfield dan bersama Shahdan Sulaiman, bergabung dengan baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.



Namun ketiadaan Ikhsan, yang telah menjaringkan 17 gol dalam 33 perlawanan antarabangsa akan lebih dirasai.



Dalam pada itu, lima wajah baru menguji bakat mereka di peringkat ini.



Pemain pertahanan, Christopher Van Huizen, Joshua Pereira dan Ryhan Stewart; dan pemain midfield, Shah Shahiran dan Farhan Zulkifli telah disertakan dalam pasukan oleh Nishigaya.



Penjaga gawang veteran Hassan Sunny pula bakal beraksi dalam pertandingan AFF yang ke-sembilan.



Singapura dan Myanmar berada dalam Kumpulan B, bersama Vietnam, Malaysia dan Laos. Dua pasukan terbaik mara ke separuh akhir.




"Kami tidak akan mengubah apa-apa. Kami akan bermain mengikut konsep permainan yang telah ditetapkan...Saya meletakkan keyakinan penuh pada para pemain ini untuk bergabung dan menjaringkan gol.''
- Jurulatih Takayuki Nishigaya




SKUAD SINGAPURA



Penjaga gol:

Hassan Sunny (Lion City Sailors), Syazwan Buhari (Tampines Rovers), dan Zaiful Nizam (Geylang International).



Pemain pertahanan:

Amirul Adli dan Hariss Harun (Sailors), Christopher Van Huizen (Tampines), Irfan Fandi (BG Pathum United), Joshua Pereira (Geylang), Nazrul Nazari (Hougang United), Ryhan Stewart (Chiangmai FC), dan Shakir Hamzah (Tanjong Pagar United).



Pemain 'midfield':

Farhan Zulkifli dan Zulfahmi Arifin (Hougang United), Hafiz Nor, Hami Syahin, M. Anumanthan, Shahdan Sulaiman, Song Uiyoung (Sailors), dan Shah Shahiran (Young Lions).



Penyerang:

Amy Recha dan Shawal Anuar (Hougang), Faris Ramli (Sailors), dan Ilhan Fandi (Albirex Niigata).




JADUAL PERLAWANAN



24 Disember (Sabtu), 6 petang

Singapura lwn Myanmar

Stadium Jalan Besar



27 Disember (Selasa), 6 petang

Laos lwn Singapura

Stadium Negara Laos Baru



30 Disember (Jumaat), 8.30 malam

Singapura lwn Vietnam

Stadium Jalan Besar



3 Januari 2023 (Selasa), 8.30 mlm

Malaysia lwn Singapura

Stadium Negara Bukit Jalil



Semua perlawanan akan disiarkan di Channel 5 and meWATCH Mediacorp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >