Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: BOLA SEPAK

Singa wanita buru tiga mata dalam perlawanan dengan Kemboja

May 06, 2023 | 05:30 AM



Benteng pasukan bola sepak wanita negara mendapat perhatian selepas ia diuji bertubi-tubi oleh Thailand dan dibolosi empat gol dalam perlawanan pembuka tirai kempen bola sepak di Sukan SEA Kemboja ini.



Dalam perlawanan itu, Singa wanita, yang menduduki ranking 134 di dunia - 90 tangga di bawah Thailand - mendapati sukar mengatur serangan kemas kerana lawan yang lebih handal dalam setiap bahagian.



Namun, semasa menentang pasukan tuan rumah pada Sabtu ini, benteng pertahanan dijangka tidak akan terlalu tertekan dan perhatian akan beralih kepada pemain barisan depan.



Kemboja menduduki tangga ke-119 di dunia dan perlawanan antara kededua negara itu dijangka akan berlangsung dengan lebih setara.



Malah, Singapura berpeluang baik untuk mememenangi perlawanan dan mengutip tiga mata penuh berdasarkan rekod lima kemenangan dalam lima perlawanan terakhir menentang Kemboja.



Yang terakhir adalah kemenangan 2-1 dalam perlawanan persahabatan pada 2018.



Singa wanita juga dambakan tiga mata penuh di Stadium RSN Sabtu ini, yang akan membuka laluan lebih luas bagi Singapura melangkah ke separuh akhir buat kali pertama sejak Sukan SEA 1985.



Pertandingan bola sepak pada tahun itu disertai tiga pasukan - pasukan tuan rumah, Thailand, Singapura dan Malaysia - dan Singapura memenangi pingat perak dalam pertandingan yang dijalankan mengikut format round-robin.



Justeru, Singa wanita dijangka akan cuba menjaringkan gol dan memenangi perlawanan yang boleh dimenangi ini, walaupun jurulatih Singapu ra Karim Bencherifa bersikap rendah hati.



"Seperti yang saya katakan sebelum kejohanan ini, kami optimis dan berasa rendah diri. Kami menghormati setiap lawan, tetapi kami juga bercita-cita tinggi. Kami nantikan ujian yang akan datang daripada pasukan Kemboja dan ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah," ujar beliau.



Bencherifa, 55 tahun, berkata beliau menjangka saingan sengit daripada pasukan tuan rumah, yang telah menjalani latihan selama tujuh bulan di China.



Pasukan Kemboja juga dirangsang kehadiran pemain berpangkalan luar negara seperti pemain midfield Melanie Hoekstra, yang menyarung jersi Universiti Teknologi Ontario di Canada.



Beraksi di depan penyokong sendiri, Kemboja menewaskan Laos 2-0 dalam perlawanan pembukaan dan dijangka memberikan tentangan sama hebat kepada pasukan Singapura.



Namun Bencherifa berkata beliau yakin dengan keupayaan anak didiknya.



Beliau juga seorang yang bersifat optimistik.



Menyusuli kekalahan 4-0 kepada Thailand pada Rabu, Bencherifa berkata anak didiknya menunjukkan peningkatan kerana tidak kalah dengan jaringan lebih teruk seperti pada April lalu dalam kelayakan Sukan Olimpik 2024.



Ketika itu, Singapura dibelasah 0-6 oleh Thailand.



"Saya yakin dengan keupayaan kumpulan pemain ini. Kami adalah pejuang. Walaupun kami mempunyai beberapa kekurangan, kami ada pemain yang berkualiti. Kami mempunyai kekuatan tersendiri," ujar warga Bencherifa, yang berasal dari Maghribi dan dilantik memimpin pasukan nasional pada 1 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >