Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Singa yakin hadapi Palestin walaupun hadapi cabaran

Jun 02, 2021 | 05:30 AM



SATU demi satu berita buruk melanda pasukan nasional bola sepak Singapura.



Pusingan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 kali ini terbukti merupakan yang paling mencabar buat Tatsuma Yoshida, yang pada Ahad lalu menyambut tahun keduanya menggalas jawatan jurulatih pasukan Singa.



Malam kelmarin, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan bahawa kapten Singapura Hariss Harun telah menarik diri daripada menyertai skuad yang kini di Riyadh, Arab Saudi dan akan kekal di Singapura atas sebab keluarga.



Hariss, 30 tahun, adalah pemain utama pasukan yang terkini untuk terlepas beraksi dalam tiga perlawanan kelayakan terakhir Singapura.



Selain pemain midfield Lion City Sailors itu, Singapura juga akan tanpa pemain pertahanan utama Safuwan Baharudin yang tidak disertakan dalam skuad sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami konkusi.



Penyerang Ikhsan Fandi, 22 tahun, yang meletak dirinya sebagai ketua penyerang pasukan Singa dengan lapan gol dalam 18 perlawanan, menarik diri daripada skuad nasional selepas mengalami kecederaan lutut.



Akur pusingan kempen kelayakan kali ini lebih mencabar berbanding pusingan pertamanya satu setengah tahun lalu, Yoshida memberitahu Berita Harian:



"Ia adalah situasi yang sangat sukar buat kami, (dengan) beberapa pemain utama kami tidak dapat bersama. Tetapi, ia sesuatu yang luar dari kawalan kami...tiada pilihan.



"Begitulah bola sepak dan ini adalah pasukan nasional...Saya percaya pada pemain lain dan (situasi) ini akan membentuk pemimpin baru (dalam pasukan)."



Pemain midfield Tampines Rovers Yasir Hanapi adalah antara pemain yang dijangka mengisi tempat Hariss sebagai kapten pasukan.



Yasir, 31 tahun, memakai lengan kapten dalam separuh pertama perlawanan latihan menentang Afghanistan di Dubai minggu lalu.



Perlawanan itu berakhir 1-1.



Sekiranya dipilih, ini merupakan kali pertama beliau memimpin pasukan Singa.



"Ia memberi saya sedikit tekanan tetapi saya akan mengambilnya sebagai satu cabaran yang positif dan mudah-mudahan saya boleh pimpin pasukan dengan baik, sama seperti Hariss atau sekurang-kurangnya hampir sama dengan apa yang telah dia lakukan selama ini," tambah kapten Stags (gelaran Tampines Rovers) itu.



Ujian pertama Yoshida menanti beliau malam esok (awal pagi lusa, waktu Singapura) apabila pasukan Singa berdepan Palestin di Stadium Antarabangsa King Fadh.



Ia merupakan perlawanan pertama daripada tiga baki perlawanan Kumpulan D sebelum negara berdepan Uzbekistan pada 7 Jun dan Arab Saudi pada 11 Jun.



Senasib dengan Singapura, Palestin juga akan tanpa beberapa pemain utama mereka - pemain midfield berpangkalan di Amerika Syarikat, Nazmi Albadawi yang terlepas beraksi akibat kecederaan, manakala penyerang Saleh Chihadeh yang menjaring 11 gol dalam divisyen dua liga Switzerland untuk FC Thun menarik diri dari skuad.



Meskipun Singapura berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Palestin di Stadium Jalan Besar pada September 2019 dalam pusingan pertama kempen kelayakan ini, Yoshida menjangkakan persaingan sengit.



"Ia akan menjadi perlawanan yang mencabar. Palestin adalah pasukan yang sangat kuat secara fizikal dan bermain serangan balas. Ranking FIFA mereka lebih tinggi dari kami...tetapi kami yakin bahawa kami akan menang dan boleh menang sekiranya kami mahu menang," tambah Yoshida.



Palestin menduduki ranking dunia nombor 104 sementara Singapura di ranking nombor 159, iaitu paling rendah dalam Kumpulan D.



Namun, kutipan tujuh mata daripada lima perlawanan, meletakkan pasukan Singa di tangga ketiga dalam kumpulan itu.



Ia berada dua mata di belakang Uzbekistan dan empat mata di belakang pendahulu kumpulan Arab Saudi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >