Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Singamania, Brigata Lion City bersatu sokong skuad kebangsaan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA AFF SUZUKI

Singamania, Brigata Lion City bersatu sokong skuad kebangsaan

Oct 09, 2018 | 05:30 AM

MENAMBAH dan mengembangkan jumlah penyokong bagi pasukan bola sepak kebangsaan.

Demikian matlamat utama yang ingin dicapai dua kelab penyokong terbesar pasukan kebangsaan, Singamania dan Brigata Lion City, setelah mereka bergabung di bawah satu naungan buat julung-julung kalinya.

Gabungan itu yang menghimpunkan lebih 200 penyokong, diharap dapat mengukuhkan tahap sokongan yang diberikan kepada skuad Singa menjelang Piala AFF Suzuki pada November nanti.

Jurucakap Singamania dan penyokong tegar pasukan kebangsaan, Syed Faris Syed Kassim, 30 tahun, berkata:

"Idea untuk bergabung sebagai satu kelab penyokong sebenarnya sudah lama diimpikan namun hanya kini menjadi kenyataan.

"Ini setelah kami sekarang mempunyai hala tuju yang jelas - kami tidak mahu ada puak-puak berbeza di kalangan penyokong bola sepak kebangsaan dan ingin memberikan sokongan yang terbaik kepada mereka, lebih-lebih lagi bagi Piala AFF Suzuki kelak."

Beliau ditemui kelmarin ketika kelab penyokong gabungan tersebut, yang masih lagi memikirkan nama baru, mengadakan latihan sorakan di perlawanan testimoni bekas pemain midfield kebangsaan, Mustafic Fahrudin , yang bersara daripada pemain profesional.

Akur dengan hala tuju sedemikian, jurucakap kelab penyokong Brigata Lion City, Muhammad Huzaifah Mohd Salim, 26 tahun, berkata:

"Sudah tiba masanya kelab penyokong bersatu bagi menyokong pasukan kebangsaan.

"Walaupun prinsip kelab kami tetap sama - kami lebih tertumpu kepada pasukan yang bermain di liga setempat - yang penting adalah kami ingin mengembangkan jumlah penyokong bagi melestarikan bola sepak kebangsaan secara keseluruhan."

Beliau menambah, di samping mengembangkan sokongan terhadap pasukan kebangsaan, langkah sedemikian juga penting kerana ia dapat menyatukan individu dari pelbagai latar belakang dan boleh dijadikan sebagai wadah perpaduan,

"Apabila penyokong daripada pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang menyorak sealiran dan bersatu, sudah tentu ia akan menyuntik semangat dan merangsang pasukan kebangsaan ketika perlawanan," ujar Huzaifah.

Walaupun demikian, perkara utama yang perlu kelab penyokong gabungan tersebut fikirkan adalah menambat hati penyokong yang baru bagi mengembangkan kelab tersebut.

Syed Faris berkata: "Cabarannya kini adalah menarik penyokong baru kerana secara amnya, warga Singapura agak konservatif dan lebih berpandukan kepada keputusan sesebuah pasukan.

"Jadi ada kalanya, jika keputusan pasukan tidak begitu baik, jumlah penyokong yang hadir tidak begitu memberangsangkan ketika perlawanan dan juga sebaliknya."

Beliau memberi contoh ketika penubuhan pasukan LionsXII pada 2012, sambutan dan jumlah penyokong begitu baik namun apabila prestasi pasukan nasional agak muram, sambutan penyokong terhadap mereka juga muram.

"Di sinilah peranan penyokong begitu penting sebagai penyuntik semangat, tidak kira bagaimana prestasi atau keputusan pasukan nasional," tambahnya.

Dalam pada itu, perlawanan testimoni tersebut, yang diadakan di Our Tampines Hub antara pasukan Pilihan Singapura dengan Pilihan Tampines Rovers, berkesudahan seri 3-3.

  • Muhaimin Suzaini seorang penulis sambilan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3