Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GRAND SMASH TENIS MEJA DUNIA (WTT)

Singapore Smash kembali, lebih hebat, tambah sengit

Sep 19, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS penampilan sulung yang berjaya pada Mac lalu, kejohanan Grand Smash Tenis Meja Dunia (WTT), berjanji untuk menjadi lebih besar dan lebih baik, bermula dengan edisi kedua Singapore Smash pada 2023.



Pengarah WTT, Steve Dainton, berkata bahawa akan ada lebih daripada satu Grand Smash musim depan, dengan China juga akan menjadi antara negara tuan rumah, sebaik sahaja sekatan ketat Covid-19 ditarik balik, serta beberapa negara Eropah, dengan destinasi keempat ditetapkan bagi 2024, lapor The Straits Times (ST).



Beliau berkata: "Kami mengembangkan dan membangunkan Tenis Meja Dunia dari Singapura, jadi kami benar-benar menganggapnya seperti rumah tenis meja.



"Ia merupakan bandar moden dan bertenaga di Asia, yang merupakan pasaran terbesar kami.



"Untuk meneruskan dari sini adalah langkah yang sangat penting untuk tenis meja."



Pada pelancaran Singapore Smash 2023 di Muzium ArtScience, kelmarin, diumumkan bahawa pertandingan yang menampilkan lebih 200 pemain akan diperluaskan - saingan beregu campuran akan meningkat daripada 16 pasangan kepada 24.



Smash Singapura yang bernilai AS$2 juta ($2.8 juta) yang berlangsung dari 11 hingga 19 Mac akan menampilkan 64 penyertaan bagi keduadua perseorangan lelaki dan wanita, dan 24 penyertaan masing-masing bagi kategori lelaki, wanita dan beregu campuran.



Pertandingan kelayakan perseorangan yang menampilkan 64 lelaki dan 64 wanita akan dilangsungkan dari 7 hingga 9 Mac.



Perubahan lain termasuk tambahan bilangan pilihan dalam pertandingan perseorangan daripada lapan kepada 16 pemain, yang bermakna 16 pemain teratas tidak akan diundi menentang antara satu dengan lain dalam perlawanan pusingan pertama, memberikan peminat peluang melihat lebih ramai pemain terbaik dunia dalam pusingan seterusnya.



Perbincangan sedang dijalankan untuk memuktamadkan tempat dan harga tiket tetapi peminat boleh mendaftar untuk akaun Peminat WTT pada aplikasinya dan laman worldtabletennis.com bagi mendapatkan maklumat terkini.



Kejohanan ini telah diadakan di Arena OCBC pada 2022 dan harga tiket bagi menyaksikan kejohanan tersebut bermula daripada $10 bagi perlawanan kelayakan dan $18 bagi pertandingan utama.



Pemain tenis meja Singapura, Clarence Chew dan Ethan Poh, mengejutkan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2019, Ovidiu Ionescu dan Alvaro Robles, apabila mara ke suku akhir Singapore Smash pada 2022.



Chew berkata: "Ia sentiasa hebat berpeluang bersaing di depan keluarga dan rakan anda.



"Tidak sabar rasanya untuk berasakan sokongan mereka dan mendengar sorakan mereka memberikan rangsangan tambahan untuk kita semua."



Rakan sepasukan negara, Wong Xin Ru, yang memenangi pingat emas di Sukan SEA dan Sukan Komanwel, berkata beliau teruja dapat bertemu dengan pemain tenis meja yang hebat.



Beliau menambah: "Beraksi menentang pemain terbaik dunia dan berasakan suasana pada acara setinggi ini akan memberi saya persediaan yang baik untuk pertandingan dan temasya utama saya nanti."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >