SPH Logo mobile
Langgan|

Singapura 1 - Indonesia 0: Gol Hariss 'hadiah' kemenangan buat Fandi

Singapura 1 - Indonesia 0: Gol Hariss 'hadiah' kemenangan buat Fandi

Nov 9, 2018 | 10:35 PM

Singapura 1 - Indonesia 0: Gol Hariss 'hadiah' kemenangan buat Fandi

SINGA KALAHKAN GARUDA: Hariss Harun (kanan) menjaringkan gol sulung Singapura semasa perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF antara Singapura dengan Indonesia di Stadium Negara di Singapura pada 9 November 2018.
SINGA KALAHKAN GARUDA: Hariss Harun (kanan) menjaringkan gol sulung Singapura semasa perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF antara Singapura dengan Indonesia di Stadium Negara di Singapura pada 9 November 2018. - Foto AFP

Fandi Ahmad dan pasukannya membuka tirai kempen Piala AFF Suzuki dengan meraih tiga mata penting selepas menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Negara pada Jumaat (9 November).

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh kapten Hariss Harun pada pertengahan babak pertama, selepas beliau menyambar hantaran Gabriel Quak dari sayap kanan dan melepaskan rembatan yang menyusup ke penjuru kiri gawang lawan.

Singapura hampir menyumbat gol kedua pada separuh masa kedua melalui Faris Ramli, tetapi percubaan lambungnya hinggap di palang gol sebelum melantun keluar.

Kemenangan ini penting untuk mencerah peluang Singapura mara ke pusingan seterusnya dari Kumpulan B, yang juga dianggap 'Kumpulan Maut' dan turut menampilkan juara bertahan, Thailand, Filipina dan Timor-Leste.

Thailand mendahului Kumpulan B selepas membelasah Timor-Leste 7-0.

Singapura meneruskan kempen dengan menentang Filipina di Bacalod City pada 13 November.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg