Topik diikuti
Pergi ke BHkuSingapura perlu menang, seri tidak berguna
Aide gesa penyokong beri sokongan padu di Jalan Besar malam ini
Jun 11, 2015 | 5:38 PM
Singapura perlu menang, seri tidak berguna
PERTARUHANNYA mudah. Dengan Indonesia malam ini, Singapura berdepan dengan perlawanan yang mungkin merupakan terakhir baginya dalam Sukan SEA ini atau permulaan final tiga perlawanan.
Terikat enam mata dengan Indonesia dalam Kumpulan A, anak didik Aide Iskandar perlu menang di Stadium Jalan Besar malam ini bagi menjamin tempat dalam separuh akhir di Stadium Negara lusa.