Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Labuh Tirai 2019

Singkap detik manis pencapaian sukan tahun ini

Dec 30, 2019 | 05:30 AM



KECEMERLANGAN digapai dan sejarah tercipta.



Bintang baru terbit menyinari arena sukan manakala nama-nama 'otai' pula bangkit dan kembali menjadi sebutan ramai.



Dunia sukan tahun ini penuh dengan kejutan dan pencapaian hebat para atlit negara dan antarabangsa.



Sebelum 2019 melabuhkan tirainya, Berita Harian menyingkap kembali antara detik-detik manis sukan sepanjang tahun ini.



HATRIK JUARA LIVERPOOL



Lagu You'll Never Walk Alone kerap menjadi laungan setiap peminat kelab bola sepak Liverpool.



Tahun ini, lagu itu lebih bermakna kerana peminat The Reds tidak "berjalan berseorangan" malah mereka "didampingi" piala hatrik.



Pasukan kendalian Jurgen Klopp meraikan kecemerlangan menyapu bersih ketiga-tiga piala yang dipertaruhkan di kejohanan Eropah dan antarabangsa.



Liverpool menjadi kelab Inggeris pertama dalam sejarah untuk menjuarai Liga Juara-Juara UEFA, Piala Super dan Piala Dunia Kelab Fifa dalam tahun yang sama.



Jun lalu, Liverpool menewaskan rakan seliga Tottenham Hotspurs 2-0 dalam perlawanan akhir untuk menggenggam piala Liga Juara-Juara - iaitu kejuaraan keenam dalam sejarah kelab itu.



Liverpool kemudian dinobat kelab terbaik Eropah 2019 selepas meraih Piala Super Ogos lalu.



Menambah kemanisan tahun ini, Liverpool menyingkirkan kelab dari pelbagai benua untuk memiliki mahkota Piala Dunia Kelab Fifa pertama mereka baru-baru ini.



Nampaknya rentak kejayaan Liverpool akan dibawa ke dalam Liga Perdana England musim ini.



Kelab itu kini berada di kedudukan paling atas dengan 13 mata di hadapan pesaing di tempat kedua.



Dengan itu, ia sekali gus meletakkan mereka di tempat jauh lebih selesa.



SUKAN SEA



Sukan SEA ke-30 di Filipina menyaksikan bangkitnya darah muda yang mengukir kejayaan dalam sukan masing-masing lantas memaparkan sepintas lalu masa depan cerah Singapura dalam arena sukan.



Sebanyak 51 pingat daripada 167 pingat dalam 'lombong' Singapura - 53 pingat emas, 46 pingat perak dan 68 pingat gangsa - diraih oleh atlit yang kali pertama bersaing di Sukan SEA.



Antaranya, srikandi lawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman, atlit sambo Nazri Sutari dan pesilat tanding Muhammad Hazim Mohd Yusli yang meraih pingat emas dalam penampilan sulung mereka.



Singapura yang diwakili seramai 659 atlit daripada 48 cabang sukan turut melepasi jumlah ke-900 pingat emas dalam sejarah Sukan SEA sejak 1959.



Ia juga merupakan kali ketiga berturut-turut kontinjen negara meraih pungutan lebih 50 pingat emas dalam temasya sukan dwitahunan itu.



KEBANGKITAN SEMULA BINTANG GOLF TIGER WOODS



Kemenangan Masters Amerika Syarikat yang dijulang pemain golf Tiger Woods - gelaran Major ke-15 miliknya - April lalu mengakhiri tempoh hitam 11 tahun yang dibayangi skandal rumah tangga dan kecederaan yang mengancam bukan sahaja kerjaya, bahkan hidupnya.



Di usia 25 tahun, Woods menjadi lelaki pertama menyandang gelaran Terbuka Amerika, Terbuka British, Kejohanan PGA dan kejohanan Masters pada masa yang sama - pencapaian yang digelar 'Tiger Slam' selepas beliau melengkapkan koleksi kejuaraan di Augusta pada 2001.



Namun pada November 2009, kemalangan jalan raya di luar rumahnya di Florida mendedahkan perbuatannya bermain kayu tiga - aksi yang meruntuhkan rumah tangganya.



Dengan penaja turut menarik diri, Woods memutuskan untuk berehat bagi tempoh yang tidak ditentukan.



Beliau keluar masuk padang golf dan pertandingan namun tidak membuahkan kejayaan sehinggalah April lalu apabila beliau kembali mengaum dengan menjulang mahkota 'major' ke-15 di Augusta.



Kebangkitan semula beliau mendorong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada Woods.



PIALA DUNIA RAGBI



Kejohanan terbesar ragbi 15 sepasukan, Piala Dunia Ragbi, mencipta pelbagai sejarah tahun ini.



Tuan rumah Jepun menjadi negara Asia pertama menganjurkan acara sukan yang lazim dimainkan di New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan negara Eropah.



Ia turut melepasi jangkaan penggiat sukan itu menjadi pasukan Asia pertama berjaya mara ke pusingan suku akhir dalam sejarah Piala Dunia.



Juara Piala Dunia Ragbi 2019, Afrika Selatan, tidak terkecuali mengukir sejarah mereka sendiri.



Kemenangan Piala Dunia ketiga Springboks (gelaran pasukan Afrika Selatan) dipimpin kapten berkulit hitam pertama pasukan negara itu, Siya Kolisi.




NANTIKAN KEJOHANAN SUKAN MENARIK 2020



  • Sukan Olimpik Musim Sejuk Belia 2020

Tarikh: 9 hingga 22 Januari
Tempat: Lausanne, Switzerland



  • Piala Kelab Bola Sepak Asean (ACC) 2020

Tarikh: Mei hingga Disember
Tempat: Asia Tenggara



  • UEFA Euro 2020

Tarikh: 12 Jun hingga 12 Julai
Tempat: Copenhagen (Denmark), Bucharest (Romania), Amsterdam (Belanda), Dublin (Ireland), Bilbao (Sepanyol), Budapest (Hungary), Glasgow (Scotland), Munich (Jerman), Baku (Azerbaijan), Saint Petersburg (Russia), Rome (Italy) dan London (England)



  • Copa America 2020

Tarikh: 12 Jun hingga 12 Julai
Tempat: Columbia dan Argentina



  • Sukan Olimpik 2020

Tarikh: 24 Julai hingga 9 Ogos
Tempat: Tokyo, Jepun



  • Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2020

Tarikh: November hingga Disember
Tempat: Asia Tenggara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >