Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singtel, beIN SPORTS setuju siaran secara langsung

Oct 02, 2018 | 06:34 PM



SYARIKAT telekomunikasi, Singtel, mengumumkan semalam bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan beIN SPORTS untuk menyiarkan perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa secara langsung.



Perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa itu akan disiarkan menerusi Singtel TV sebagai sebahagian daripada pakej tambahan World Sports+ serta pakej lain seperti Action Trio dan Variety, lapor akhbar The Straits Times.



Dengan penyertaan pertandingan Uefa, Liga Perdana England (EPL), Piala FA, Piala Liga England (EFL), Liga Belanda Eredivisie dan Liga Super China, Singtel TV kini menawarkan penonton kandungan persembahan bola sepak yang paling komprehensif.



“Kami gembira untuk menawarkan pelanggan kami Liga Juara dan Liga Europa,” kata Pengarah Urusan Perumahan, Pelanggan Singapura Singtel, Encik Goh Seow Eng.



“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana kesabaran mereka ketika kami masih berunding dengan pemegang hak penyiaran pertandingan itu selama beberapa bulan ini.



“Usaha kami akhirnya membuahkan hasil dengan kedua-dua pertandingan utama Uefa ini telah kami dapatkan.



“Dengan siaran perlawanan EPL dan Piala FA, pelanggan kami dapat menikmati aksi mendebarkan pertandingan paling popular di dunia dari keselesaan ruang tamu mereka”.



Pengarah Urusan Asia di beIN Asia Pasifik, Encik Mike Kerr, berkata:



“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Singtel TV bagi penyiaran Liga Juara-Juara dan Liga Eruopa.



“Kejohanan ini adalah antara pertandingan bola sepak tahunan di mana semua kelab-kelab terbesar Eropah bertemu dan bintang bola sepak seperti (Cristiano) Ronaldo, (Lionel) Messi, Neymar dan (Mohamad) Salah berkumpul bersama pasukan masing-masing untuk merebut kejuaraan.



“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan Singtel untuk menyampaikan pengalaman bola sepak terbaik dan ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat bola sepak atas sokongan mereka yang berterusan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >