Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Siti Khadijah sahut cabaran kekal berat badan, aksi dalam kelas baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA: SEMANGAT PESILAT

Siti Khadijah sahut cabaran kekal berat badan, aksi dalam kelas baru

Apr 11, 2022 | 05:30 AM

RAMADAN kali ini membawa dugaan bertambah bagi Siti Khadijah Mohd Shahrem.

Menjelang Sukan SEA ke-31 di Hanoi bulan depan, Siti Khadjiah sedang mengawasi berat badan supaya tidak turun di bawah berat badan yang diperlukan bagi bertanding nanti.

Ini kerana beliau bakal beraksi di dalam kategori baru - Wanita Kelas F (70-75kg) di temasya sukan dwitahunan itu nanti.

"Dalam bulan puasa ini, biasanya ramai akan hilang berat badan. Saya perlu berhati-hati kerana saya akan bertanding dalam kelas berat badan yang berbeza berbanding kelas berat badan yang saya tandingi sebelum ini.

"Oleh itu, saya perlu rancang apa yang perlu saya makan dan makanan yang boleh saya makan untuk kekalkan berat badan saya ini," katanya sambil menambah beliau akan meningkatkan pengambilan protein dalam dietnya.

Beliau akur, menjalani latihan semasa berpuasa memberikan cabaran 'unik', apatah lagi jika ingin mencapai tahap kecergasan fizikal maksimum.

Namun, bagi pesilat negara, Siti Khadijah Mohd Shahrem, ia bukan alasan untuk mengurangkan intensiti latihan.

"Latihan kami tidak akan berkurang hanya kerana bulan puasa. Ini adalah tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dan atlet.

"Namun, kita perlu faham keadaan diri dan tahu batasan badan sendiri. Kami menyesuaikan diri dalam minggu pertama puasa dan akan tingkatkan intensiti latihan dari masa ke masa," ujar pelajar Politeknik Republic itu.

Siti Khadijah, 21 tahun, sedang mempersiapkan diri bagi penampilan sulung beliau di Sukan SEA di Vietnam bulan depan.

Selain melakukan latihan kardio, beliau dan rakan skuad nasional juga membuat latihan kekuatan berintensiti.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), ketua pasukan Fisiologi Sukan di Insitut Sukan Singapura (SSI), Dr Abdul Rashid Aziz, berkata beliau menggalakkan atlet seperti Siti Khadijah tidak terlepas makan sahur.

"Ini kerana ia adalah peluang terakhir membekalkan badan dengan makanan sebelum memulakan puasa. Hidangan sahur juga perlu dimakan selewat mungkin untuk memastikan badan berada dalam 'keadaan berpuasa' untuk tempoh yang paling singkat," katanya.

Siti Khadijah akan melangkah ke Sukan SEA dengan prestasi baik setelah berjaya memenangi pingat emas di acara tanding puteri E senior di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara Ke-8 yang diadakan di sini Februari lalu.

Walau akan bertanding dalam kategori berlainan, Siti Khadijah berkata beliau akan lebih fokus kepada persembahannya kelak daripada impian memenangi sebuah pingat.

"Memang matlamat semua atlet adalah untuk memenangi pingat emas. Tetapi bagi saya, saya akan lebih perhatin tentang persembahan saya nanti.

"Sebagai seorang 'muka baru' di dalam pertandingan itu, saya menantikan pengalaman untuk rasa suasana di sana, mendapat sokongan negara dan ingin menikmati seluruh proses itu," kata beliau lagi.


SKUAD PENUH PESILAT NEGARA KE SUKAN SEA HANOI

ACARA TANDING

1. Aniq Asri Mohd Yazid - Lelaki Kelas B (50-55kg)

2. Muhammad Hazim Mohd Yusli - Lelaki C (55-60kg)

3. Muhammad Riansyauqi Mistam - Lelaki D (60-65kg)

4. Abdul Raazaq Abdul Rashid - Lelaki F (70-75kg)

5. Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin - Lelaki G (75-80kg)

6. Muhammad Syakir Jeffry - Lelaki H (80-85kg)

7. Sheik Farhan Sheik Alau'ddin - Lelaki J (90-95kg)

8. Muhamad Rizuan Muhamad Razak - Lelaki I (95-110kg)

9. Nurul Suhaila Mohd Saiful - Wanita E (65-70kg)

10. Siti Khadijah Mohd Shahrem - Wanita F (70-75kg)

ACARA SENI

11. Muhammad Iqbal Abdul Rahman - Seni Lelaki Tunggal & Regu

12. Muhammad Haziq Mohd Zaque - Seni Ganda Lelaki

13. Muhammad Hazim Mohd Zaque - Seni Ganda Lelaki

14. Muhammad Nazrul Mohd Kamal - Seni Regu Lelaki

15. Muhammadinil Mustafar Mohd Isa - Seni Regu Lelaki

16. Siti Nazurah Mohd Yusoff - Seni Tunggal Wanita

17. Nur Azlyana Ismail - Seni Ganda Wanita

18. Sharifah Shazza Samsuri - Seni Ganda Wanita

19. Iffah Batrisyia Noh - Seni Ragu Wanita

20. Amirah Binte Sahrin - Seni Regu Wanita

21. Nur Ashikin Zulkifli - Seni Regu Wanita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3