Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Skuad belia Woodlands Warriors aksi di Jakarta

Ambil bahagian dalam Piala Antarabangsa Garuda peluang baik bagi pemain muda timba pengalaman: Presiden kelab
Jun 30, 2022 | 05:30 AM



BAK pepatah jauh perjalanan, luas pemandangan.



Begitulah juga misi kelab belia bola sepak tempatan, Woodlands Warriors FC, apabila bertanding dalam satu kejohanan antarabangsa, Piala Antarabangsa Garuda, di Jakarta, Indonesia, yang bermula hari ini.



Pertandingan belia selama empat hari itu menampilkan 32 pasukan dari lima negara Asia Tenggara, iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina, dan menampilkan saingan dalam dua kategori - Bawah 12 Tahun dan Bawah 17 Tahun.



Piala Antarabangsa Garuda pertama kali diadakan di Bandung pada 2015 dan kejohanan kali ini adalah edisi keduanya.



Woodlands Warriors adalah satu-satunya wakil negara di kejohanan itu dan menghantar pasukan Bawah 17 Tahun mereka bersaing bagi meraih pengalaman bermain di padang luar negara. Ini merupakan penampilan sulung mereka beraksi dalam kejohanan antarabangsa.



Presiden kelab, Muhammad Shahfie Azhar, memberitahu Berita Harian:



"Kita boleh beraksi cemerlang dalam negara sendiri, kita boleh membelasah kelab setempat kita. Tapi apabila kita bermain di luar negara, kita kurang pengalaman bersaing dengan pasukan lebih kuat.



"Jadi jika kita tidak mendedahkan pemain ke perlawanan luar negara, kita akan kehilangan keupayaan di tanah air. Kami ingin ke sana untuk pemain meraih pendedahan awal."



Skuad Woodlands Warriors di Piala Antarabangsa Garuda seramai 18 pemain berusia 13 hingga 19 tahun. Beberapa pemain berusia dibenarkan dalam kejohanan ini.



Antara pemain yang ghairah untuk beraksi ialah Muhammed Fariel Nadeem Muhammed Najeeb, 14 tahun.



"Peluang untuk bersaing di luar negara tidak datang selalu. Jadi, saya tidak sabar untuk menguji keupayaan saya menentang pasukan lain dari rantau ini," kata pelajar menengah dua di Sekolah Menengah Sembawang itu, yang menyertai Woodlands Warriors awal tahun ini.



Meskipun kejohanan itu berlangsung di tengah-tengah penggal sekolah yang baru bermula, Shahfie berkata beliau mendapat sokongan padu daripada ibu bapa pemain yang mengizinkan anak-anak mereka menyertainya.



Cik Nor Hudah Ramli, 41 tahun, ibu kepada Nadeem, menyokong cita-cita bola sepak anaknya, dan berkata peluang itu bukan hanya memberi anaknya pendedahan bersaing di luar negara tetapi juga mengajarnya hidup berdikari.



Justeru, bagi memastikan para pemain tidak ketinggalan dari sudut pelajaran mereka, kakitangan jurulatih Woodlands Warriors - tiga daripada mereka yang membuat perjalanan ke Indonesia - juga berperanan sebagai guru.



Shahfie berkata jadual perjalanan mereka di Jakarta termasuk membahagikan masa untuk pemain mengulangkaji pelajaran dan menghabiskan kerja sekolah pada sebelah malam.



"Kami ingin menunjukkan kepada mereka bahawa pendidikan juga penting... pembangunan mereka dalam kelab ini adalah holistik - bukan hanya pada bola sepak saja, tapi juga pendidikan mereka," jelasnya.



Ditanya mengapa ia penting untuk ibu bapa menyokong minat anak mereka, Cik Hudah, seorang setiausaha di Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Nasional, menambah:



"Tidak dinafikan, pendidikan memanglah penting tapi perlu juga ada hobi. Daripada anak saya buat kerja yang tidak elok, saya lebih suka lihat dia bermain bola sepak."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >