Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Skuad gimnastik SG muda tapi bersemangat

11 muka baru disertakan dalam skuad gimnastik seramai 15 atlet yang akan beraksi di Hanoi
Apr 14, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 11 muka baru telah dinamakan di dalam skuad seramai 15 atlet gimnastik Sukan SEA Singapura yang akan mewakili negara dalam pertandingan di Hanoi pada 12 hingga 23 Mei nanti.



Juara gimnastik berirama nasional 2022, Katelin Heng, berbesar hati diberikan peluang untuk bertanding di temasya sukan itu.



"Saya sangat gembira diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Singapura dalam Sukan SEA akan datang.



"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk mewakili Singapura, dan saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk membawa kegemilangan kepada negara," kata pelajar Maktab Rendah Eunoia berusia 16 tahun itu.



Skuad Singapura juga ghairah mahu beraksi dalam acara berpasukan gimnastik artistik wanita dan lelaki kerana acara itu tidak dipertandingkan dalam edisi 2019 di Filipina.



Di Sukan SEA sebelum ini, wakil negara, Sean Yeo, memenangi pingat gangsa dalam acara palang mendatar lelaki.



Kapten pasukan wanita, Nadine Joy Nathan, 22 tahun, yang akan membuat penampilan ketiga di temasya sukan itu, tidak sabar untuk bersaing sebagai satu pasukan dan membimbing rakan sepasukannya yang membuat penampilan pertama mereka.



"Sukan SEA tahun ini pastinya telah kami nantikan sejak sekian lama, terutamanya dengan penundaan temasya dan pandemik. Ia sangat mengujakan... akhirnya kami dapat bertanding dan memberikan 110 peratus kami untuk Team Singapore.



"Walaupun ia bukan temasya sukan pertama saya, saya teruja melihat rakan sepasukan yang lebih muda dapat peluang untuk mempamerkan kerja keras mereka, dan sebagai kapten, saya berharap dapat membimbing dan menyokong mereka dalam temasya sukan pertama mereka itu," kata Nathan, yang telah memenangi dua pingat perak dalam acara berpasukan (2015 & 2017) dan pingat gangsa dalam acara individu (2015).



Kapten gimnastik artistik lelaki, Terry Tay, yang akan beraksi di Sukan SEA keempatnya dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi gangsa di edisi 2015, memberi penghormatan kepada rakan sepasukannya menjelang pertandingan itu.



Kini berusia 28 tahun, Terry berkata:



"Sikap (baik) adalah segala-galanya. Mereka (rakan sepasukan dan jurulatih) datang setiap hari dan berusaha keras. Mereka memberi inspirasi dan menggalakkan saya, dan saya berharap untuk melakukan perkara yang sama semasa kami mengharungi temasya sukan itu nanti. Pasukan kami amat teruja dan bersedia untuk bertanding."



Memandangkan ini merupakan pertandingan antarabangsa utama yang pertama buat kebanyak atlet gimnastik sejak pandemik melanda, Presiden Gimnastik Singapura, Dr Patrick Liew, meminta sokongan buat para atlet.



"Semua atlet kami telah berlatih tanpa mengenal penat-lelah, kekal fokus untuk berada di tahap kecergasan tinggi dan meningkatkan kemahiran mereka, walaupun sepanjang keadaan mencabar disebabkan pandemik ini. Mereka telah banyak berkorban dan bekerja keras untuk kembali bertanding," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >