Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA AFC

Skuad nasional wanita gagal mara selepas kecundang kepada Indonesia

Terlepas aksi di pusingan akhir di India tahun depan susuli kekalahan 0-2 dalam dua perlawanan timbal balas yang berlangsung di Tajikistan
Sep 29, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak wanita nasional terlepas beraksi di Piala Asia Wanita AFC tahun depan, selepas ia sekali lagi tewas 0-1 kepada Indonesia dalam pusingan kelayakan.



Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut bagi pasukan itu, yang kalah dengan jaringan yang sama kepada Indonesia dalam pertemuan pertama pada minggu.



Kededua perlawanan Kumpulan C itu diadakan di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan.



Dua lagi pasukan yang menganggotai kumpulan itu, Iraq dan Korea Utara, menarik diri daripada saingan kelayakan itu akibat Covid-19.



Dua kemenangan ke atas Singapura itu bermakna Indonesia mengakhiri pusingan kumpulan di atas Singapura dan menempah tempat di pusingan akhir Piala Asia Wanita AFC di India pada tahun depan, kali pertama ia melayakkan diri sejak 1989.



Indonesia, yang menduduki tangga ke-96 di dunia, memulakan perlawanan dengan baik dan membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Octavianti Dwi Nurmalita.



Pemain itu menemui sasaran langsung dari tendangan sudut, apabila pemain Singapura gagal mempertahankan gawang dalam petak penalti yang dipenuhi pemain.



Namun, Singapura, yang menduduki tangga ke-130 di dunia bangkit pada separuh masa kedua dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi Nur Farhanah Ruhaizat.



Namun tandukannya dari dalam petak penalti gagal menemui sasaran dan melantun melepasi palang gol.



Akhirnya Singapura, yang memerlukan kemenangan dengan jaringan sekurang-kurangnya 2-0 untuk mendahului kumpulan dan melayakkan diri ke Piala Asia, gagal menjaringkan sebarang gol dan kini pulang kehampaan.



Ini adalah kali pertama pasukan bola sepak nasional wanita beraksi dalam pertandingan semenjak menyertai Kejohanan Wanita Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean 2019 di Thailand.



Sebelum berangkat ke Tajikistan, Singapura telah menetapkan matlamat melayakkan diri ke Piala Asia buat julung-julung kali sejak 2003.



Skuad kali ini turut menampilkan enam pemain baru, dengan beberapa pemain yang berpangkalan di luar negeri, seperti Siti Rosnani Azman, Priscilla Tan, Suriya Priya dan Putri Nur Syaliza tidak dapat beraksi kerana sekatan pergerakan akibat pandemik koronavirus.



Siti Rosnani baru sahaja menyertai kelab Jepun INAC Kobe Leonessa, sementara Priscilla dan Suriya berada di Australia.



Nur Syaliza pula berada di Amerika Syarikat.



Bercakap kepada The Straits Times, ketua jurulatih Stephen Ng berkata pasukannya tidak akan mengaku kalah dan bertekad mencuba lagi di masa depan.



"Kami melangkah ke padang bagi perlawanan ini dengan kesedaran kami perlu mengejar gol dan kami berjuang dan bertarung dengan bersemangat.



"Malangnya, kami tidak berdaya menang dan melayakkan diri kali ini, tetapi kami akan kembali dengan lebih kuat nanti," kata Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >