Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad seramai 15 pemain Singapura dinamakan bagi Kejohanan Futsal AFF

Sep 29, 2015 | 07:12 PM



SERAMAI 15 pemain berusia antara 19 tahun dengan 32 tahun dipilih dalam pasukan Singapura yang akan mewakili negara di Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand, pada 8-16 Oktober ini.


Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) turut menyatakan pasukan Singapura itu akan dipimpin oleh ketua jurulatih, Pattaya Piemkum, yang mempunyai pengalaman luas dalam sukan itu. Beliau pernah menyarungi jersi negaranya, Thailand, dalam futsal sebelum dilantik jurulatih pasukan futsal nasional Thai yang memenangi pingat emas di edisi 2007, 2011 dan 2013 Sukan SEA.


Beliau akan dibantu oleh Wachiraphan Markmee, seorang jurlatih penjaga gawang futsal yang berpengalaman.


Diundi dalam Kumpulan A, Singapura akan membuka kempen Kejohanan AFF ini dengan menentang Timor Leste pada 8 Oktober di Arena Bangkok.


Mereka kemudian akan turun bertarungan dengan pasukan tuan rumah, Thailand (9 Oktober), Brunei (10 Oktober) sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang Malaysia (12 Oktober).


Rombongan Singapura itu dijadualkan bertolak ke Bangkok esok (30 September) bagi menjalani persaipan terakhir sebelum turun beraksi dalam perlawanan pembukaannya.


Senarai akhir itu dipilih daripada barisan pemain yang diundang menyertai latihan selepas mereka menayangkan bakat beraksi di Kejohanan Futsal Nasional anjuran BeritaHarian.sg yang diadakan pada Mei lalu di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA) di Mattar Road.


Kejohanan itu menyaksikan 265 pasukan bertanding dalam enam kategori: Bawah 12 tahun, Bawah 14 tahun, Bawah 18 tahun, Bawah 35 tahun, Atas 35 tahun dan Wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >