Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skuad Singa bawah 15 tahun tewas dalam sepakan penalti pada BG Pathum

Sep 4, 2023 | 5:36 PM
TIDAK MASUK GAWANG: Nathan Mao (jersi merah) melihat sepakannya melewati gawang dalam perlawanan akhir Piala Lion City menentang BG Pathum. Skuad bola sepak lelaki bawah 15 tahun Singapura tewas 3-4 melalui sepakan penalti.
TIDAK MASUK GAWANG: Nathan Mao (jersi merah) melihat sepakannya melewati gawang dalam perlawanan akhir Piala Lion City menentang BG Pathum. Skuad bola sepak lelaki bawah 15 tahun Singapura tewas 3-4 melalui sepakan penalti. - Foto ST

Skuad bola sepak lelaki Singapura bawah 15 tahun terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dalam Piala Lion City setelah tewas di tangan BG Pathum pada Ahad.

Dalam perlawanan peringkat akhir piala tersebut, anak didik Angel Toledano kalah melalui tendangan penalti di hadapan 2,426 penonton di Stadium Jalan Besar setelah keputusan terikat 1-1 sehingga wisel penamat.

Pembukaan perlawanan menyaksikan gawang Singapura dibolosi hasil gol sendiri dek kesilapan pertahanan.

Nathan Mao kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-81 hasil tendangan sudut untuk membawa perlawanan ke tendangan penalti.

Namun tuah memihak kepada BG Pathum selepas sepakan penalti Rae Peh dan Helmi Shahrol berjaya diselamatkan penjaga gawang, Kittiphob Poomee, sekali gus menyumbang kepada kemenangan penalti 4-3.

Menukil laporan The Straits Times, Angel berkata seluruh pasukan amat kecewa tetapi beliau “sangat bangga dengan pasukannya”.

“Malangnya gawang kami dibolosi dalam saat-saat pembukaan perlawanan dan pemain cekal dan teruskan memberi yang terbaik dan kekalkan penguasaan.

“(Bagi aspek) penalti pula, ia memang sebegitu. Pemain berusia 15 tahun, mereka akan belajar daripada pengalaman ini dan saya rasa kami pasukan yang (berprestasi) lebih baik, kami bermain bola sepak yang lebih baik,” jelasnya.

Penyumbang gol tunggal Singapura, Nathan, berkata pemain perlu semai “mentaliti kemenangan”.

Pemain berusia 15 tahun itu berkata: “Kami berusaha dengan gigih. Ia situasi yang sangat sukar kerana mereka amat kuat secara fizikal dan bertahan dengan baik.

“Tetapi kami kerja keras bagi mendapatkan gol, memberi saingan semula tetapi tidak dapat menyelesaikannya.

“Saya rasa pelajaran (daripada ini) adalah untuk bermain bola sepak dengan baik, ia tidak bermakna memenangi perlawanan.

“Kami perlu semai ke dalam sistem kami agar ada mentaliti kemenangan... kerana itu yang akan memenangi perlawanan dan itulah bola sepak.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg