Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Skuad Singa Muda antara kumpulan atlet pertama SG berlepas ke Hanoi

May 05, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak bawah 23 tahun lelaki Singapura (gambar kiri) antara kumpulan atlet pertama di Lapangan Terbang Changi pagi semalam yang berlepas awal ke Sukan SEA di Hanoi, Vietnam yang akan dibuka secara rasmi pada 12 Mei.



Saingan peringkat kumpulan skuad Singa Muda pimpinan jurulatih Nazri Nasir bermula Sabtu ini.



Selain bola sepak lelaki, pasukan bola tangan pantai lelaki negara serta pegawai Team Singapore juga telah membuat perjalanan ke sana.



Kempen Team Singapore di Vietnam akan bermula lebih awal - dengan acara bola tangan pantai yang bermula esok.



Di Sukan SEA Filipina pada 2019, Singapura menghantar kontinjen terbesarnya seramai 659 atlet yang bertanding dalam 48 cabang sukan. Mereka membawa pulang 53 pingat emas, 46 perak dan 68 gangsa.



Pungutan 84 emas, 73 perak dan 102 gangsa di Sukan SEA 2015 di laman sendiri kekal menjadi persembahan terbaik negara, sementara edisi 2017 di Kuala Lumpur (58 emas, 59 perak dan 71 gangsa) adalah persembahan luar negara terbaik Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >