Skuad wanita China tutup laluan Afrika Selatan

PARIS: Skuad bola sepak China menghidupkan peluang mara ke pusingan kedua apabila gol tunggal Li Ying memastikan mereka mengatasi Afrika Selatan 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B Piala Dunia Wanita di Stadium Parc des Princes, pagi semalam.

Kekalahan itu menutup peluang Afrika Selatan pada kejohanan kali ini manakala China perlu menang ketika berdepan Sepanyol Isnin ini selepas terpisah menerusi kelebihan jaringan dengan berkongsi tiga mata selepas dua perlawanan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto