Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJUARAAN FLOORBALL WANITA DUNIA KE-13

Skuad wanita ke Finland dengan matlamat jadi terbaik di Asia

Peluang rebut tempat dalam Sukan Dunia 2022 di AS jadi pembakar semangat selepas hampir dua tahun tidak beraksi
Nov 13, 2021 | 05:30 AM



SETELAH dua tahun tertambat di dalam negeri, pasukan floorball wanita Singapura berlepas ke Finland lewat malam tadi dengan matlamat utama menjadi pasukan terbaik dari Asia dalam Kejuaraan Floorball Wanita Dunia Ke-13 pada akhir bulan ini.



Pasukan seramai 26 pemain yang turut diiringi ketua jurulatih dan pengurus itu akan menyertai 15 lagi negara - kebanyakannya dari Eropah, Amerika Syarikat, Russia dan Thailand - untuk bertarung dalam kejuaraan yang dijadualkan berlangsung dari 27 November hingga 5 Disember di Uppsala, Finland.



Jepun dan Australia, yang turut layak, menarik diri gara-gara pandemik Covid- 19.



Singapura, yang diletakkan dalam Kumpulan D, akan memulakan kejuaraan dengan bertemu Estonia pada 27 November.



"Pastinya kejuaraan ini menjadi satu cabaran besar bagi pasukan nasional iaitu untuk bertanding di peringkat antarabangsa selepas hampir dua tahun tidak beraksi akibat Covid-19 dan langkah-langkah pengurusan selamat bagi mengekang pandemik itu.



"Ini memandangkan pasukan-pasukan gergasi floorball dari Scandinavia - Finland, Sweden, Norway - sudah pun memulakan liga masing-masing lebih awal," jelas Wendy Kuan, pengurus besar Persatuan Floorball Singapura (SFA).



Kali terakhir skuad wanita nasional beraksi dalam kejohanan antarabangsa adalah dalam Kejuaraan Floorball Wanita Dunia 2019 di Neuchatel, Switzerland, pada Disember, yang menyaksikan mereka mencapai kedudukan terbaik ke-12, sekali gus meraih Anugerah Pasukan Terbaik 2020.



Hanya beberapa hari sebelumnya, pasukan wanita nasional turut memenangi pingat emas acara itu dalam Sukan SEA Filipina 2019.



"Apa pun keadaannya, kami meletakkan matlamat utama menjadi pasukan terbaik dari Asia, yang akan membolehkan kami melayakkan diri ke Sukan Dunia 2022 di Birmingham, Amerika. Inilah yang menjadi pembakar semangat kami.



"Temasya ini (Sukan Dunia) adalah kejohanan paling berprestij bagi acara yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Jadi kami mahu merebut tempat itu.



"Ini kali pertama floorball disertakan dalam Sukan Dunia dan buat julung-julung kalinya satu pasukan dari Asia diundang menyertainya," tambah Wendy.



Mengulas persiapan mereka, penyerang negara, Siti Nurhaliza Khairul Anwar, 23 tahun, berkata beliau dan rakan-rakan menanti-nantikan cabaran bertanding dalam kejuaraan kali ini.



"Kami telah membuat persiapan selama setahun dan mengharungi banyak dugaan untuk menghadapinya.



"Melihat dari sudut positif, dengan adanya perubahan dalam pasukan jurulatih dan kehadiran pemain-pemain baru, inilah masanya menyesuaikan diri dengan perubahan dan membina semangat pasukan.



"Sasaran awal kami adalah mengekalkan kedudukan ke-12 yang kami capai dalam Kejuaraan Dunia Ke-13 di Switzerland pada 2019.



"Untuk berbuat demikian, kami perlu bersiap secara mental - selepas persiapan kami terjejas dek Covid-19 dan adanya muka-muka baru - dan memberitahu diri kami bahawa kami boleh melakukannya," terang Siti Nurhaliza, yang pernah beraksi sebagai pemain separuh profesional dengan Tempish Vitkovice SC di Republik Czech selama semusim pada 2019.



Kapten pasukan, Michelle Lok, 27 tahun, pula berkata selepas dua tahun tidak bertanding, beliau berasa ghairah beraksi semula.



"Kami akan menjalani kem latihan di Tampere, Finland, dan ia akan membuka peluang bagi kami membina semangat sebagai sebuah pasukan dan fokus pada tugas yang diberikan kepada kami sebelum kami bertanding dalam kejuaraan dunia.



"Apa strategi kami?" Ikut apa yang dirancangkan. Itulah rancangan kami," ujar beliau.



Menurut Wendy, sejurus tiba di Finland, pasukan wanita negara akan menjalani kem latihan hingga 23 November terlebih dahulu di Eerikkila Sports & Outdoor Resort.



Untuk memperkasa pasukan dalam kejuaraan dunia nanti, mereka akan mendapat bimbingan tambahan konsultan jurulatih asal Finland, Timo Suonpaa, yang pernah membantu mereka dalam kejuaraan dunia sebelum ini.




KEJUARAAN FLOORBALL WANITA DUNIA KE-13



Tempat: Uppsala, Finland

Bila: 27 November hingga 5 Disember 2021

Pasukan yang mengambil bahagian: Singapura, Estonia, Amerika Syarikat, Denmark, Russia, Norway, Sweden, Slovakia, Jerman, Finland, Republik Czech, Switzerland, Poland, Latvia, Italy dan Thailand.

Juara bertahan: Sweden




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >