Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK WANITA: KELAYAKAN PIALA ASIA AFC

Skuad wanita negara berazam tunjuk prestasi baik, atasi Indo

Pemenang dua perlawanan - 24 & 27 Sep - akan layak ke kejohanan utama susuli penarikan diri Iraq, Korea Utara
Sep 16, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak wanita Singapura sasar kemenangan sulung mereka ke atas Indonesia apabila kededua pasukan Asia Tenggara ini bertemu dalam perlawanan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Tajikistan minggu depan.



Skuad negara seramai 23 pemain akan berangkat ke Dushanbe hari ini untuk beraksi dalam dua perlawanan menentang Indonesia, pada 24 dan 27 September, untuk berpeluang melayakkan diri ke Piala Asia Wanita 2022 di India.



Singapore dan Indonesia asalnya bersaing dalam Kumpulan C bersama Iraq dan Korea Utara tetapi kini berada dalam laluan kelayakan yang unik selepas kedua-dua pasukan itu menarik diri akibat pandemik Covid-19.



Pasukan yang mencatatkan mata lebih tinggi daripada dua perlawanan itu akan mara ke kejohanan utama. Sekiranya mata dikutip terikat, tendangan penalti akan menentukan kelayakan.



Jurulatih pasukan bola sepak wanita negara Stephen Ng yakin anak didiknya "memiliki peluang baik" menentang pasukan ranking nombor 96, Indonesia, meskipun akan beraksi tanpa beberapa tunggak pasukan yang berpangkalan di luar negara.



Dalam empat pertembungan sebelum ini, Singapura - yang menduduki ranking ke-130 dunia - seri dua kali dan kalah dua kali menentang Indonesia.



Kali terakhir kededua pasukan bertemu, mereka seri 0-0 dalam pusingan kumpulan Kejohanan Wanita Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2018.



Ng, yang akan mengendalikan pertandingan sulungnya sejak dilantik jurulatih pasukan pada Mac lalu, memberitahu Berita Harian: "Saya faham bahawa mereka juga akan membawa ramai pemain muda dan mereka juga ada jurulatih nasional baru, yang dilantik sama waktu dengan saya. Jadi, ia adalah permulaan baru dan cabaran yang kami nanti-nantikan."



Skuad Singapura kali ini menggabungkan pemain senior dan muda, dengan kapten pasukan Ernie Sulastri, 32 tahun, adalah pemain paling berpengalaman dengan 40 penampilan, manakala penyerang Danelle Tan, 16 tahun, menjadi pemain termuda pasukan.



Skuad itu juga dibarisi enam pemain yang bakal membuat penampilan sulung mereka di peringkat senior - Lila Tan, Sara Merican, Winette Lim, Nicole Lim, Khairunnisa Khairol Anwar dan Nurhidayu Naszri.



"Saya yakin dengan skuad kami buat masa ini. Kami ada campuran pemain berpengalaman dan yang muda. Saya fikir ia adalah keseimbangan yang baik," kata Ng, yang akur bahawa bola sepak wanita di sini semakin berkembang dan mempunyai potensi besar.



Skuad Ng bagaimanapun akan tampil tanpa pemain pertahanan yang berpangkalan di Australia Priscilla Tan dan Suriya Priya, dan penyerang berpangkalan di Amerika Syarikat Putri Nur Syaliza akibat halangan perjalanan.



Pemain pertahanan Siti Rosnani Azman juga terlepas beraksi selepas menyertai kelab Jepun, International Athletic Club (INAC) Kobe Leonessa.



Rosnani, 24 tahun, baru-baru ini telah menandatangani kontrak semusim untuk bermain dalam liga bola sepak profesional pertama Jepun.



Beliau menjadi pemain bola sepak wanita negara kedua untuk bermain secara profesional, selepas Lim Shiya dalam divisyen pertama Australia W-League bersama Perth Glory FC pada 2008 dan 2009.



Ernie, yang menyarung jersi kelab Lion City Sailors, berkata:



"Walaupun kami harap rakan pemain nasional lain di luar negara dapat sertai kami ketika kami bertanding dalam kelayakan, ketiadaan mereka tidak akan melemahkan semangat pasukan. Skuad ini mempunyai gabungan bakat hebat dan kami bertekad untuk bermain pada kekuatan kami dan selesaikan tugas."



Dalam kejohanan ini, Ng berharap pasukannya mampu memaparkan prestasi baik, terutama sekali sedang mereka membangun generasi seterusnya pemain wanita di peringkat antarabangsa.



"Kami akan lakukan yang terbaik. Dengan tahap persembahan yang baik, saya percaya keputusannya akan diperolehi. Itu yang perlu kami fokus pada masa ini," tambahnya.



Di Dushanbe, pasukan Singapura juga akan berdepan Tajikistan dalam satu perlawanan persahabatan pada Ahad ini, sebagai persiapan sebelum menentang Indonesia.




SEKILAS



KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA AFC 2022: SINGAPURA LAWAN INDONESIA



Tempat: Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan



Tarikh dan waktu:



- 24 September, 9 malam (waktu Singapura)



- 27 September, 9 malam



Skuad nasional - Penjaga gol:



Noor Kusumawati Mohammad Rosman, Beatrice Tan & Pamela Kong



Pemain pertahanan:



Dhaniyah Qasimah Zamri Abdullah, Ernie Sulastri Sontaril, Fatin Aqillah Mohamed Ridzuan, Khairunnisa Khairol Anwar, Nur Syazwani Mohamad Ruzi, Nur Umairah Mohd Hamdan, Nurhidayu Naszri & Winette Lim



Pemain midfield:



Dorcas Chu, Ho Hui Xin, Lim Li Xian, Venetia Lim, Nur Farhanah Ruhaizat, Nur Izzati Rosni, Sara Merican & Lila Tan



Penyerang:



Danelle Tan, Nicole Lim, Nur Raudhah Kamis & Stephanie Gigette




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >