Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Skuad wanita SG azam terus tunjuk peningkatan

Uji keupayaan lawan Hong Kong dengan 'ranking' Fifa lebih tinggi sebagai persiapan sebelum beraksi di Kejohanan Wanita AFF bulan depan
Jun 23, 2022 | 05:30 AM



DIRANGSANG oleh kemajuan dalam tangga ranking dunia wanita Fifa baru-baru ini, pasukan wanita bola sepak nasional Singapura sasar meneruskan prestasi mantap mereka apabila bertemu Hong Kong dalam satu siri perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' di sini.



Singapura bakal berdepan Hong Kong, pasukan ranking ke-78 dunia, dua kali di Stadium Jalan Besar - malam ini dan Ahad ini - sebagai persiapan menjelang Kejohanan Wanita AFF pada 4-17 Julai di Filipina.



Pasukan negara menganggotai Kumpulan A bersama Thailand, Filipina, Indonesia, Australia dan Malaysia, dengan memulakan kempen dengan perlawanan derby menentang jiran sebarang Tambak pada 4 Julai.



Singapura, yang sebelumnya adalah pasukan nombor ke-135 dunia, pada Jumaat lalu naik tiga anak tangga untuk menduduki ranking ke-132 dunia.



Kemajuan itu mencerminkan pencapaian pasukan bola sepak wanita negara kebelakangan ini yang termasuk membuat penampilan sulung mereka di Sukan SEA sejak 2003 dan meraih kemenangan pertama dalam temasya sukan itu sejak 1985 ketika bersaing di edisi temasya Hanoi bulan lalu.



"Saya sebenarnya rasa rendah hati dengan ranking terkini Fifa. Ranking ini adalah satu ukuran tapi apa yang penting adalah bagaimana kami terus membangunkan permainan bola sepak wanita.



"Perjalanan kami masih jauh tapi saya fikir ada banyak potensi untuk kami terus berusaha dan mempertingkatkan prestasi," kata ketua jurulatih pasukan wanita Singa Stephen Ng dalam satu sidang media di Hotel Royal semalam.



Ng, 51 tahun, menambah bahawa perlawanan persahabatan ini adalah peluang untuk anak didiknya memperbaiki kekurangan mereka sebelum ke Filipina di samping beliau menilai pemain muda yang disertakan dalam skuad kali ini.



Ng minggu lalu mengumumkan skuad sementara seramai 29 pemain bagi Kejohanan Wanita AFF 2022. Semua pemain akan terlibat dalam perlawanan persahabatan kecuali pemain pertahanan Rosnani Azman, yang tidak dapat pulang selepas terikat dengan komitmen kelab di Jepun.



Pemain midfield Singapura, Nurhidayu Naszri, 18 tahun, berkata:



"Kami semakin bertambah baik setiap hari... mengikut strategi jurulatih dan banyak berkomunikasi dengan satu sama lain... persiapan kami berjalan lancar."



Bagi pasukan Hong Kong, ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama mereka sejak kelayakan Piala Asia Wanita pada September 2021.



Ketua jurulatih pasukan, Jose Rambo, teruja dapat memimpin anak didiknya kembali beraksi di padang lawan.



Warga Brazil itu, 50 tahun, berkata:



"Sudah agak lama kami tidak beraksi dalam perlawanan di luar negara. Ini adalah salah satu cabaran untuk kami tapi saya gembira kami dapat kembali beraksi... menunjukkan keupayaan serta kemajuan kami dan memberi peluang kepada pemain muda membuktikan potensi mereka."



Kapten Hong Kong, Chan Wing Sze, 38 tahun, menambah bahawa rakan sepasukannya menyasarkan pulang ke pentas antarangbangsa dengan kemenangan.



"Dengan pasukan lelaki Hong Kong berjaya mencatat beberapa keputusan baik dalam kelayakan Piala Asia baru-baru ini, kami juga mahu mengikut jejak mereka," ujarnya.




  • Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar (8 malam). Tiket perlawanan dijual di fas.org.sg/tickets. Ia berharga $10 (dewasa) dan $5 (pelajar berusia 16 tahun dan ke bawah dan warga tua berusia 60 tahun dan ke atas). Diskaun 10 peratus dengan pembelian tiket bagi kedua-dua perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >