Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Soh mohon maaf kepada SNOC, tak harapkan diserta dalam Team SG ke Hanoi

Feb 23, 2022 | 05:30 AM



PELARI maraton Soh Rui Yong, yang tidak disertakan dalam rombongan Sukan SEA tahun ini atas sebab kelakuan di bawah jangkaan seorang atlet nasional, telah memohon maaf kepada Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC).



Namun, beliau berkata beliau berbuat demikian bukan kerana mendambakan tempat dalam rombongan Sukan SEA ke Hanoi pada Mei ini, tetapi kerana beliau kini sedar tidak berkelakuan yang sewajarnya pada masa lalu.



Menulis di Facebook, Soh berkata:



"Saya ingin memohon maaf kerana saya sedar saya tidak menangani beberapa pertelingkahan tertentu dengan baik pada waktu lalu dan saya berazam untuk berkelakuan lebih baik dan menjadi orang yang lebih baik di masa depan."



Menurut Soh, beliau telah mencapai impian memenangi acara maraton di Sukan SEA semasa mewakili Singapura sebanyak dua kali dan tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dibuktikan.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, SNOC berkata ia sedar tentang perbuatan Soh memohon maaf kepada SNOC di Facebook menerusi akaunnya.



"Kami berharap beliau mencapai apa yang ingin dilakukannya dan mengucap selamat kepadanya bagi masa depan," kata jurucakap SNOC.



Minggu lalu, SNOC mengumumkan senarai awal rombongan ke Sukan SEA yang mengemukakan seramai 330 atlet.



Namun Soh, juara berganda Sukan SEA, tidak disertakan dalam senarai itu, walaupun beliau telah memenuhi masa kelayakan.



Keadaan yang dihadapi Soh ini serupa dengan nasib yang menimpanya menjelang Sukan SEA 2019, di mana beliau juga tidak disertakan dalam rombongan Team Singapore



Menjawab pertanyaan media minggu lalu, SNOC berkata ia menolak pencalonan Soh oleh Atletik Singapura (SA) untuk dihantar ke Sukan SEA kerana tatalaku beliau tidak memenuhi piawaian tatalaku yang dijangka oleh SNOC ke atas atlet negara.



Malah, Soh juga tidak mengorak langkah untuk memperbetul kesilapan atau memohon maaf atas perbuatannya dan mencabar dan mempersenda pertubuhan, individu dan pihaknya sendiri, kata jurucakap SNOC.



Memberi respons, Soh berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan SNOC bahawa beliau tidak cuba memperbetul kesilapannya, dan berkata beliau telah bertemu dengan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, pada bulan lalu. Encik Tong, kata Soh, telah menawarkan untuk membantu meleraikan keadaan itu.



Sukan SEA 2022 akan berlangsung pada 12-23 Mei di Hanoi, Vietnam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >