Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Sokong sepenuhnya jika anak ingin jadi pemain profesional

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



DEMI melihat bakat bola sepak anaknya diasah dan didedahkan ke tahap permainan lebih tinggi, Encik Salahudin Salleh, 52 tahun, dengan tangan terbuka menyokong anaknya menyertai akademi bola sepak.



Ini walaupun anaknya, Dubeis Zahin, 17 tahun, yang kini mewakili Woodlands Warriors, juga terlibat dalam kegiatan kokurikulum bola sepak di Sekolah Menengah Orchird Park.



Sebelumnya, Zahin pernah menyarung jersi akademi belia setempat, SAF Warriors dan ESPZEN, serta kelab Malaysia, Pasir Gudang United, ketika mereka menetap di Johor Bahru selama tujuh tahun.



"Saya tidak mahu melakukan kesilapan sama, yang bapa saya buat, kepada anak saya. Jika anak saya minat kepada bola sepak dan ada keinginan untuk menjadi pemain bola sepak profesional, saya tidak menghalang dan akan cuba sedaya-upaya untuk memberikan sokongan," kata Encik Salahudin, seorang penyelaras keselamatan.



"Lihat saja (bekas pemain nasional) seperti Malek Awab, David Lee dan Fandi Ahmad, mereka bukan sekadar bermain di Singapura tapi juga di luar negara. Dan sekiranya ada rezeki, mereka dapat buka perniagaan sukan sendiri."



Encik Salahudin, yang pernah bermain bola sepak di peringkat amatur, menambah golongan ibu bapa hari ini lebih terbuka untuk menyokong perkembangan bola sepak anak mereka berbanding di zaman membesarnya.



"Semasa di darjah tiga atau empat, setiap hari saya akan bermain bola sepak di kolong blok dan bapa saya akan ambil bola dan buangnya di dalam longkang atau tong sampah.



"Dia akan kata, 'nak jadi apa main bola?" imbas Encik Salahudin, bapa dua anak lelaki.



"Mungkin ibu bapa pada ketika itu tidak melihat masa depan dalam bola sepak sebab peluang dan pendedahan untuk bermain amatlah sedikit," jelasnya.



"Namun kini dengan lebih banyak akademi bola sepak bagi kanak-kanak dan belia di sini, bakat muda memiliki platform baik untuk membangunkan dan memaparkan potensi mereka."



Encik Salahudin juga berharap lebih banyak padang dan kemudahan dapat disediakan di sini.



"Budak-budak zaman sekarang belajar kemahiran daripada menonton video bola sepak di YouTube. Jadi, kalau ada lebih banyak tanah lapang atau gelanggang futsal, mereka dapat berlatih sendiri dan segala ini dapat membangunkan bakat tempatan kita," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >