Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET WANITA

Sokongan bagi atlet wanita dibincang dalam bengkel 'Kitaran Haid dan Persembahan'

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



KOMUNIKASI dan sokongan adalah penting untuk jurulatih memahami atlet wanita yang datang haid, kata pengurus kehidupan atlet di Institut Sukan Belia Negara (NYSI), Nooraini Salleh.



Malah, beliau juga menggesa atlet wanita untuk mempunyai lebih kesedaran mengenai pengalaman haid mereka supaya dapat mudah berkomunikasi tentang kesakitan yang dialami dengan jurulatih mereka.



Nooraini ialah salah seorang pembicara yang diundang dalam bengkel bertajuk 'Kitaran Haid dan Persembahan' anjuran CoachSG pada Rabu.



Sempena Hari Wanita Sedunia, CoachSG mengadakan siri bengkel pada Mac untuk meraikan pencapaian atlet, jurulatih dan pentadbir sukan wanita Singapura.



Bengkel kedua daripada empat itu dihadiri 31 jurulatih dan atlet, yang terdiri daripada kaum lelaki dan wanita.



Ia bertujuan membincangkan impak kitaran haid pada persembahan atlet wanita sambil menasihati jurulatih bagaimana untuk mendekati topik sensitif ini.



Terdapat sedikit kajian mengenai haid dalam sukan dan ia masih menjadi subjek tabu.



Bagaimanapun, dengan atlet wanita berprofil tinggi seperti Leah Williamson - kapten pasukan England yang memenangi Euro 2022 - mengetengahkan isu itu, lebih ramai kini tampil menyertai perbualan tersebut.



Nooraini memberitahu Berita Harian bahawa setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza, termasuk tempoh haid dan simptom yang mereka alami.



Justeru, atlet wanita perlu mengenali apa yang normal dan tidak normal pada kitaran haid mereka dan kerap memantaunya.



"Hanya atlet yang memahami badannya sendiri...Mereka perlu tahu fasa haid yang berbeza dan di peringkat mana mereka berada," kata Nooraini.



Dengan kesedaran ini, ia akan memudahkan komunikasi antara atlet wanita dengan jurulatih mereka, supaya dapat menyesuaikan latihan dan jangkaan masing-masing, tambah beliau.



"Mereka perlu menyatakan pengalaman haid mereka kepada jurulatih dan kakitangan sokongan di sekeliling mereka. Ini supaya mereka tidak rasa keseorangan dalam menangani cabaran ini.



"Ada antara mereka yang mengalami kes serius kitaran haid seperti pendarahan banyak dan kekejangan teruk. Jika keadaan ini tidak disuarakan, mereka berisiko mengalami kecederaan," jelas Nooraini.



Hubungan atlet wanita bersama jurulatih mereka juga penting untuk mengadakan perbualan yang lebih terbuka mengenai haid.



"Apabila anda mempunyai hubungan baik dan anda membiasakan perbualan kitaran haid, atlet mungkin bersikap lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman mereka bersama jurulatih. Jika tiada hubungan baik, atlet tidak rasa selamat dan yakin, dan kemungkinan mereka tidak akan berkongsi masalah mereka," katanya lagi.



Ditanya mengenai salah tanggapan yang kerap diterima oleh atlet wanita, Nooraini berkata antaranya adalah mereka yang berfikir bahawa kesakitan semasa datang bulan adalah perkara yang tidak normal.



"Saya menggaruk kepala dan berkata 'Huh, biar betul?'.



"Saya fikir kita telah menahan kesakitan yang kita alami dengan menormalkannya. Jadi, mesej saya kepada atlet wanita adalah ia normal untuk merasakan kesakitan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >