Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Solskjaer berang tidak dapat penalti

Klopp pula yakin Liverpool masih ada harapan setelah tewaskan Sheffield United
Mar 02, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: pengadil terpengaruh oleh "pengaruh luar", kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer setelah Manchester United gagal diberikan penalti yang "100 peratus tepat" ketika seri 0-0 kelmarin di Chelsea.



Rayuan penalti terhadap Callum Hudson-Odoi kerana tangannya dikatakan terkena bola ditolak pengadil Stuart Attwell, yang menegakkan keputusannya setelah melihat kejadian itu di monitor tepi padang.



"Ia adalah penalti. Saya sedikit bimbang kami tidak diberikan penalti sebegini selepas aduan dibuat tentang kami diberikan penalti," kata Solskjaer.



Ini adalah satu-satunya kejadian nyata dalam permainan yang agak membosankan di Stamford Bridge.



Hudson-Odoi dan pemain United Mason Greenwood bergelut bola dalam kotak penalti setelah penjaga gol Chelsea Edouard Mendy menumbuk rembatan keluar.



Bola itu tampak terkena kededua pemain, Greenwood di bahagian atas lengan dan tangan Hudson-Odoi, tetapi Attwell tidak menghadiah penalti, membenarkan permainan diteruskan.



Namun, beliau diarah untuk melihat kejadian itu semula oleh pembantu pengadil video (VAR) dan setelah menonton ulangan, dengan Hudson-Odoi sama menonton tepat di belakangnya, berpegang pada keputusannya, mengatakan pemain Chelsea itu tidak menggerakkan tangannya ke arah bola.



United telah dihadiahkan 22 penalti dalam Liga Perdana sejak permulaan musim lalu, empat penalti lebih daripada mana-mana kelab, yang menyebabkan bos Liverpool Jurgen Klopp dan bekas pengurus Chelsea Frank Lampard mempersoalkan mengapa pasukan mereka gagal diberikan layanan yang sama daripada pengadil.



"Ada satu masa pengurus mempengaruhi pengadil," kata Solskjaer kepada Sky Sports. "Saya percaya pengadil tidak terpengaruh olehnya. Tetapi, saya sangat terkejut dengan keputusan ini."



Solskjaer berkata pada pandangan pertama ia kelihatan seolah-olah Greenwood memegang bola dahulu, tetapi mengubah fikirannya setelah menyaksikan ulangan.



Apabila ditanya sekiranya beliau dapat memahami mengapa penalti tidak diberikan, beliau berkata: "Tidak. Tidak sama sekali. Terutamanya apabila mereka berhenti bermain dan dia berjalan (ke monitor tepi padang) dan dapat menontonnya.



"Dari sini anda boleh lihat bola terkena tangan tetapi anda fikir pemain kami yang melakukannya. Mereka jerit 'handball' untuk pemain kami tetapi apabila anda tontonnya di video, ia merampas dua mata daripada kami."



Pengurus Chelsea Thomas Tuchel melihat kejadian itu daripada sudut yang sangat berbeza.



"Bagaimana ini boleh menjadi intervensi VAR? Pemain jersi warna merah main bola dengan tangan dan kemudian kami periksa untuk penalti?" katanya.



"Saya telah melihatnya di iPad, saya tidak faham mengapa pengadil harus memeriksanya tetapi saya gembira ia bukan penalti. Itu akan menjadikannya lebih buruk."



Dalam pada itu, Klopp mengatakan pasukannya masih berada di "kedudukan menarik" selepas menewaskan Sheffield United 2-0 untuk mengakhiri persembahan empat kekalahan Liga Perdana berturut-turut dan merapatkan jurang untuk menghuni tempat Liga Juara-Juara kepada dua mata.



Penjaga gol Blades Aaron Ramsdale menghasilkan beberapa aksi menyelamatkan gol yang hebat untuk mengecewakan Liverpool dalam babak pertama sedang kekurangan Reds di depan gawang baru-baru ini kelihatan akan berterusan.



Tetapi Curtis Jones, 20 tahun, menunjukkan sentuhan klinikal yang hilang dalam rakan sepasukannya untuk mematahkan pasukan tuan rumah sejurus selepas waktu rehat.



Percubaan Roberto Firminho kemudian terkena Kean Bryan dan membolosi gawang Ramsdale dengan Liverpool menggandakan kedudukan mereka meledakkan gol ke-7000 kelab itu dalam divisyen tertinggi England.



"Ramai orang telah mengetepikan kami. Tidak mengapa," kata Klopp, yang mana pasukannya kini di tangga keenam dan dua mata di belakang penghuni tangga keempat, West Ham. "Dengan masalah yang kami alami, kami tetap berada di kedudukan menarik." - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >