Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Solskjaer cari sinar sedang United jauh ketinggalan di belakang City

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengatakan pasukannya perlu mencari "sinaran" mereka sekali lagi setelah terikat di Crystal Palace kelmarin - keputusan seri tanpa gol kali ketiga berturut-turut untuk pasukan pelawat itu.



Red Devils tidak kelihatan seperti mereka akan menjaringkan gol dalam pertembungan yang membosankan di Selhurst Park, dengan kegagalan mereka mencatat kemenangan satu tamparan kepada harapan yang semakin tipis mereka untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana musim ini.



Keputusan itu bermakna Manchester United kini 14 mata di belakang pendahulu Manchester City, dengan kededua pasukan bertemu Ahad ini.



Ditanya mengenai prestasi terkini pasukannya, Solskjaer memberitahu BBC Sport: "Sudah tentu ia satu kebimbangan.



"Apabila anda tidak dibolosi gol dalam tiga perlawanan berturut-turut, ia akan membantu anda menang perlawanan - namun kami belum menghasilkan persembahan berkualiti.



"Kami harus cari sinaran sekali lagi, kualiti sekali lagi dan cuba menang perlawanan."



Bekas pemain pertahanan United Gary Neville menuduh pasukan "tidur berjalan" dan memaparkan persembahan yang akan memberi pesaing empat pasukan teratas mereka rangsangan.



"Ia bukan malam yang baik untuk United," kata pundit Sky Sports itu. "Ia tidak kira siapa yang bertanggungjawab, anda tidak boleh membosankan dan itu membosankan.



"Mereka tidur berjalan dalam perlawanan. Mereka akan berakhir dalam perlumbaan untuk menjadi empat pasukan teratas jika mereka tidak berhati-hati."



Satu mata untuk Crystal Palace bermakna mereka mengutip 34 mata buat masa ini dan 11 mata selamat daripada zon penyingkiran dengan pasukan Roy Hodgson semakin dekat menjamin satu lagi musim bola sepak Liga Perdana.



Dalam pada itu, Kelechi Iheanacho tampil mantap dengan ketiadaan beberapa rakan sepasukan yang cedera untuk mendapatkan Leicester, yang mengejar tempat Liga Juara-Juara, keputusan seri 1-1 yang penting di Burnley kelmarin.



Dengan Harvey Barnes mengikuti langkah James Maddison dalam senarai kecederaan Foxes dan Jamie Vardy baru sahaja kembali daripada kecederaannya, Iheanacho memberi Leicester kelebihan serangan yang diperlukan hasil gol penyama 'volley' pada pertengahan babak pertama.



Burnley mendahului perlawanan pada awal perlawanan menerusi gol minit keempat Matej Vyndra.



Ia adalah mata penting buat Burnley, yang melanjutkan jurang antara mereka dan penghuni tempat ke-18 Fulham kepada enam mata.



Bagi Leicester, persembahan 'comeback' itu memberi keyakinan dan menjadi inspirasi untuk perlawanan mendatang dan mereka kini mempunyai kelebihan enam mata berbanding penghuni tempat kelima Chelsea. - Agensi berita.




"Apabila anda tidak dibolosi gol dalam tiga perlawanan berturut-turut, ia akan membantu anda menang perlawanan - namun kami belum menghasilkan persembahan berkualiti. Kami harus cari sinaran sekali lagi, kualiti sekali lagi dan cuba menang perlawanan."
- Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >