Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Solskjaer dilantik pengurus sementara Manchester United

Dec 19, 2018 | 06:14 PM



 





Manchester United telah melantik bekas pemain Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim ini, sehari selepas ia memecat Jose Mourinho.



Solskjaer menyarung jersi United selama 11 musim, menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat terakhir final Liga Juara-Juara Eropah 1991.



Beliau mengambil alih jawatan itu dengan United menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana England.



“Manchester United di hati saya dan adalah hebat saya dapat kembali ke kelab ini dalam peranan ini,” kata Solskjaer, yang berasal dari Norway.



“Saya tidak sabar hendak bekerjasama dengan skuad berbakat, staf dan semua yang lain di kelab.”


Solskjaer, yang awal bulan ini mengikat kontrak baru dengan kelab Norway Molde, akan disertai Mike Phelan, yang kembali sebagai jurulatih pasukan utama selepas bertugas dalam peranan itu di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson.



Michael Carrick dan Kieran McKenna, kededuanya yang berkhidmat sebagai jurulatih dalam pasukan Mourinho akan terus berkhidmat di bawah Solskjaer.



Solskjaer akan memimpin United menentang Cardiff dalam perlawanan pertama. Beliau pernah memimpin kelab itu sebagai jurulatih pada 2014. Solskjaer gagal membantu kelab itu mengelak tersingkir dari Liga Perdana England dan dipecat selepas gagal merai keputusan baik dalam liga Championships pada musim seterusnya.



United berkata ia akan melantik pengurus tetap di akhir musim.



Naib pengerusi eksekutif United Ed Woodward berkata beliau yakin Solskajer dan Phelan boleh menyatukan pemain dan penyokong bagi mengharungi cabaran separuh kedua musim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >