Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEMELUT DI OLD TRAFFORD

Solskjaer dinamakan pengurus sementara

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



MANCHESTER: Bekas penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (gambar atas), telah dinamakan sebagai pengurus sementara kelab tersebut sehingga akhir musim ini.



Solskjaer, yang menjaringkan 91 gol dalam 235 penampilan selain memenangi enam kejuaraan liga untuk United, menggantikan Jose Mourinho, yang dipecat dari jawatannya kelmarin setelah permulaan paling teruk kelab gergasi bolasepak dunia itu dalam sejarah Liga Perdana England.



Jurulatih asal Norway itu menyertai United daripada kelab Molde. United kini berada di tangga keenam, 19 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.



"Solsjkaer akan memimpin pasukan pertama United serta merta dan akan kekal sebagai pengurus sehingga kelab selesai menjalankan proses pengambilan pengurus sepenuh masa yang baru," kata satu kenyataan dari United.



"Beliau akan disertai Mike Phelan selaku jurulatih pasukan utama, bekerjasama dengan Michael Carrick dan Kieran McKenna," tambah kenyataan itu lagi.



Mengulas pelantikan beliau, Solsjkaer berkata:



"Manchester United adalah sebahagian daripada jiwa saya, dan saya benar-benar teruja dan ghairah untuk kembali ke kelab ini sebagai pengurus.



"Saya tidak sabar bekerja dengan para pemain berbakat dalam skuad sekarang ini, juga dengan kakitangan dan semua yang terlibat dengan Manchester United," katanya.



Timbalan Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward, pula berkata pelantikan Solsjkaer itu adalah satu langkah yang baik untuk mengembalikan zaman kegemilangan United.



"Ole adalah legenda dalam kalangan peminat United, dan beliau juga pengalaman luas sebagai pemain dan juga jurulatih.



"Sejarahnya bersama United juga bermakna beliau memahami dan menghargai budaya kelab ini dan semua di Manchester United begitu gembira dengan kepulangan beliau.



"Saya yakin Ole dapat memberi nafas baru kepada pemain dan penyokong United dalam separuh kedua musim ini," katanya.



Perlawanan pertama Solsjkaer sebagai pengurus United ialah menentang Cardiff City awal pagi Isnin ini (waktu Singapura). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >