Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Solskjaer: Hari paling gelap saya

Pengurus United tetap yakin pada keupayaannya lepas pasukan dibelasah Liverpool 5-0
Oct 26, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berkata beliau terlalu komited kepada kelab itu untuk berputus asa pada saat ini, sejurus selepas pasukannya dibelasah 5-0 oleh Liverpool di padang sendiri.



Namun, tanda tanya mengenai masa depannya di United kian lantang, terutama selepas sebahagian penyokong kelab itu meninggalkan stadium pada permulaan separuh masa perlawanan - dengan jaringan 4-0 - menyebabkan stadium separuh kosong pada wisel penamat.



Mohamed Salah menjaringkan hatrik, sementara Naby Keita dan Diogo Jota masing-masing menjaringkan satu gol dalam kemenangan besar itu.



Solskjaer, yang meninggalkan padang pada waktu rehat berlatar belakang Old Trafford bergema cemuhan terhadapnya, berkata kepada Sky Sports: "Tidak mudah mengatakan sesuatu selain ia adalah hari paling gelap yang saya lalui ketika memimpin pemain-pemain ini."



Namun, beliau akan terus berjuang.



"Saya sudah ke tahap terlalu lanjut untuk berputus asa. Lagipun, saya tidak bersifat sedemikian," ujarnya dalam wawancara dengan BBC.



"Kami rasa kami telah bangkit dan berada di tahap yang kami idamkan sejak beberapa minggu ini, tetapi keputusan sebahagian perlawanan tidak menyebelahi kami. Kami melepaskan terlalu banyak gol mudah dan ini mencetus keprihatinan," ujar Solskjaer.



"Buat masa ini saya masih memikirkan tentang kerja selepas perlawanan ini... meskipun kami semua sedang berasa begitu hampa... inilah saat paling hampa dalam kerjaya saya.



"Tapi saya terima tanggungjawab ini dan ia milik saya dan saya seorang saja," ujar beliau lagi, yang dianggap sebagai pemain bertaraf legenda di kelab itu.



Kemenangan itu adalah yang paling besar dalam sejarah Liverpool di Old Trafford dan menimbulkan beberapa mercu tanda yang tidak diingini United.



Ia kekalahan terbesar kepada Liverpool sejak Oktober 1895 - Liverpool menewaskan United 7-1 di Anfield ketika itu - dan kali pertama sejak 1955 United tewas sekurang-kurangnya lima gol di padang sendiri tanpa menjaringkan gol.



United hanya melepaskan satu gol selepas waktu rehat, itu pun kerana Liverpool meredakan tekanan ke atas benteng United selepas pasukan itu kehilangan Paul Pogba pada minit ke-60.



Pemain asal Perancis itu dilayang kad merah selepas beliau menerkam Keita secara bahaya, menyebabkan Keita diusung keluar dan tidak dapat meneruskan permainan.



Keputusan itu bermakna United jatuh ke tangga ketujuh Liga Perdana England (EPL), tujuh mata di belakang Liverpool, yang kekal di tempat kedua. Chelsea, yang mempunyai satu mata melebihi Liverpool, menduduki tangga pertama, sementara juara bertahan Manchester City di tangga ketiga, satu mata di belakang Liverpool.



Meskipun pasukannya baru kalah teruk, Solskjaer berkata beliau yakin dapat memimpin pasukan itu meraih pencapaian lebih baik pada masa depan.



"Saya yakin pada keupayaan saya sendiri dan saya yakin kami kian hampir dengan apa yang kami kehendaki," ujar Solskjaer, yang mula menjadi pengurus United pada 2018.



"Mungkin keputusan perlawanan baru-baru ini tidak seperti yang dijangka. Saya akur ia akan mencetus keprihatinan tetapi saya perlu kekal teguh dan yakin dengan apa yang sedang kami lakukan." ujar beliau.



Kapten United, Harry Maguire, yang boleh dipersalah bagi beberapa gol dalam perlawanan semalam, memohon maaf kepada penyokong kelab itu dan berkata semua pemain harus muhasabah diri dan cuba memperbaiki prestasi.



"Kekalahan ini amat melukakan. Kami semua amat hampa... tapi persembahan kami tidak baik, tidak mencukupi," ujar beliau.



Dalam perlawanan lain kelmarin, Tottenham Hotpur terus tergelincir di tangga liga, selepas tewas 1-0 kepada West Ham United. Ia jatuh ke tangga keenam.



Leicester City naik ke tangga kesembilan selepas menewaskan Brentford 2-1. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >