Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Solskjaer: Man U mahu mara ke final dan rangkul trofi

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer berkata sudah tiba masanya Manchester United mengambil langkah seterusnya dan melayakkan diri ke final pertama sejak 2017 selepas ia menewaskan Granada dengan mudah untuk mara ke separuh akhir Liga Europa.



United menewaskan pasukan dari Sepanyol itu 2-0 semalam, untuk memenangi suku akhir dua perlawanan dengan agregat 4-0 dan membuat janji temu dengan Roma di pusingan selanjutnya.



United memenangi Liga Europa di final terakhir yang ditandinginya, tetapi tewas dan tersingkir daripada pertandingan dalam semua empat separuh akhir yang ditandingi di bawah kepimpinan Solskjaer, termasuk dalam pertandingan yang sama pada musim lalu.



Kali ini, tempat mereka di separuh akhir bak terjamin seawal minit keenam, apabila Edinson Cavani menyempurnakan dengan bijak umpanan dari kepala Paul Pogba untuk memberi United kelebihan agregat 3-0, selepas ia menewaskan Granada 2-0 pada minggu lalu.



Kemenangan itu juga mempunyai makna istimewa bagi Cavani.



Gol yang dijaringkannya itu adalah gol di Eropah yang pertama bagi United dan yang ke-50 baginya dalam perlawanan peringkat benua.



Namun United tidak berjaya memecahkan kubu Granada buat kali kedua sehingga masa kecederaan, apabila Jesus Vallejo tersilap langkah dan memasukkan bola hasil hantaran Alex Telles ke dalam gawang sendiri.



"Peluang untuk mara ke final ini akan kami rebut dengan kededua belah tangan," kata Solskjaer, yang menjadi pengurus United pada Disember 2018.



"Kami mahu menggunakan kekecewaan tewas di separuh akhir sebelum ini menjadi dorongan untuk ke final," kata Solskjaer.



"Langkah selanjutnya bagi pasukan ini adalah untuk mara ke final dan memenangi trofi."



Namun laluan United ke final Liga Europa musim ini kini diadang oleh Roma, yang diikat 1-1 oleh Ajax Amsterdam di tempat sendiri, tetapi mara ke separuh akhir mengikut kiraan agregat.



Ia telah memenangi suku akhir pertama 2-1.



Pertemuan antara Roma dengan United di separuh akhir itu juga akan menemukan dua bekas pemain United Henrikh Mkhitaryan dan Chris Smalling dengan kelab lama mereka.



Pemain tengah United, Bruno Fernandes, melahirkan keyakinan pasukannya boleh mengatasi Roma.



"Setiap pasukan akan memberi anda masalah.



"Mereka mempunyai susunan yang baik semasa bertahan, mereka dapat membuat masalah semasa menyerang.



"Sebilangan pemain mereka pernah bermain di England. Kami tahu apa yang harus kami lakukan. Sekiranya kami melakukan perkara yang betul, kami akan mempunyai peluang memenangi perlawanan," kata Fernandes kepada BT Sport.



Ia juga dijangka menyemarak desas-desus sama ada Cavani, 34 tahun, akan diberikan kontrak tetap di Old Trafford.



Dalam pada itu, satu lagi kelab Liga Perdana England juga mara ke separuh akhir.



Arsenal menewaskan Slavia Prague 4-0 di tempat lawan dan meraih kemenangan agregat 5-1.



Pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata kemenangan itu adalah penting dalam saat yang genting bagi kelab itu.



"Kami tahu betapa pentingnya pertandingan ini untuk kelab, untuk diri sendiri dan peminat.



"Kami meraih keputusan yang sukar di Emirates dengan kami tidak begitu cekap pada hari itu dan hari ini kami menunjukkan sebaliknya," kata Arteta kepada wartawan.



Malah, cara Arsenal memenangi perlawanan itu juga menjolok mata.



Ia bukan sahaja menguasai permainan, tetapi menjaringkan tiga gol dalam 24 minit pertama untuk mengakhiri sebarang peluang bagi Slavia untuk menyelamatkan peluang ke separuh akhir.



Kemenangan itu juga mencerah peluang Arsenal memenangi pertandingan dan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan - satu-satunya peluang realistik bagi kelab yang kini tersadai di pertengahan Liga Perdana England itu.



"Kami menang dengan yakin di tempat lawan. Segala pujian bagi pemain," kata Arteta.



Arsenal dijadual bertemu kelab Sepanyol Villareal - yang dipimpin bekas pengurus Arsenal Unai Emery - di separuh akhir. - Agensi berita.




“Peluang untuk mara ke final ini akan kami rebut dengan kededua belah tangan. Kami ingin menggunakan kekecewaan tewas di separuh akhir sebelum ini supaya menjadi dorongan untuk ke final.”
– Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >