Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Solskjaer minta pemain buat kecoh

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menggesa pemainnya jangan terlalu berlembut dengan keputusan pengadil selepas pasukannya menjadi mangsa ketika tewas kepada Sheffield United pada Khamis lalu.



United kini menduduki tangga kedua Liga Perdana England (EPL) menyusuli keputusan seri tanpa jaringan di Arsenal Ahad lalu dan kekalahan 2-1 kepada Sheffield.



Kekalahan di tangan pasukan The Blades mengakhiri rekod 13 perlawanan liga tanpa kalah, menyebabkan Solskjaer kecewa dan mempersoalkan keputusan pengadil ketika gol pembukaan Kean Bryan diberikan manakala jaringan Anthony Martial dibatalkan.



Penyerang Sheffield, Billy Sharp dikatakan telah menolak penjaga gawang United David De Gea ketika Bryan menjaringkan gol.



Sementara itu, pengadil mendapati Harry Maguire telah mengasari penjaga gol, Aaron Ramsdale sebelum Martial membolosi gawang.



"Saya mendapat laporan delegasi perlawanan dan dua keputusan itu memang silap.



"Mereka mengakui yang yang gol mereka sepatutnya dibatalkan dan gol kami sepatutnya dikekalkan. Ia mengubah momentum kami," kata Solskjaer.



Delegasi perlawanan adalah bekas pemain atau pengurus yang memberikan maklumat untuk laporan keseluruhan, berbeza dengan penilai pengadil atau Professional Game Match Officials Limited.



Menurut Solskjaer beliau tidak mempunyai masalah dengan kesilapan manusia dan memahami keputusan dibuat, tetapi percaya pemain-pemainnya perlu memberi lebih tekanan ke atas pengadil.



"Malangnya ia tidak berpihak kepada kami dan mereka tersilap. Itulah bola sepak dan mungkin itu mengapa VAR diwujudkan.



"Mungkin kami perlu lebih lantang kerana selama ini kami jarang pertikai keputusan, jadi pengadil akan memberi lebih perhatian kepada kami."



"Mungkin kami perlu terus mempersoalkan tentang keputusan itu dan memaksa mereka menilainya semula sebelum perlawanan seterusnya.



"Kami perlu belajar daripadanya dan menjadikannya sebagai pendorong. Anda tidak akan mendapat sesuatu secara percuma, itu sudah pasti," katanya. - AFP.




"Malangnya ia tidak berpihak kepada kami dan mereka tersilap. Itulah bola sepak dan mungkin itu mengapa VAR diwujudkan. Mungkin kami perlu lebih memperkatakan tentang perkara ini. Beri tekanan tetapi tidak terlalu banyak. Mungkin kami perlu terus memperkatakan tentangnya dan memaksa mereka menilainya semula sebelum perlawanan seterusnya. Kami perlu belajar daripadanya dan menjadikannya sebagai pendorong. Anda tidak akan mendapat sesuatu secara percuma, itu sudah pasti."
- Ole Gunnar Solskjaer, pengurus Manchester United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >