Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Solskjaer tepis saranan MU perlukan pengurus baru

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mengatakan beliau tidak terjejas oleh cadangan bahawa Manchester United perlu menukar pengurus mereka untuk julang trofi kejohanan utama.



Demikian respons Solskjaer, 48 tahun, terhadap komen bekas pemain pertahanan Liverpool Jamie Carragher dalam satu rancangan Sky Sports bahawa United memerlukan pengurus baru untuk mencabar kejuaraan.



"Ia tidak menjejas saya," kata Solskjaer. "Saya percaya pada diri saya, selagi kelab percaya pada saya. Saya yakin pandangan Jamie Carragher tidak akan mengubahnya."



Solskjaer kini berdepan tekanan yang semakin meningkat dengan pasukannya menduduki tempat kelima Liga Perdana selepas tumpas 2-4 di Leicester City Sabtu lalu.



Pengurus asal Norway itu menambah: "Saya ada pendirian saya dan cara bekerja. Anda lihat beberapa komen itu tetapi kami menentang Liverpool Ahad ini dan Jamie sedang meneliti perkara-perkara kecil ini."



Kekalahan kepada Leicester pimpinan Brendan Rodgers pada hujung minggu lalu bermakna United mencatat prestasi dua kemenangan, satu seri dan empat kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.



"Setiap pasukan akan melalui tempoh mencabar dan sekarang kami berada dalam prestasi yang buruk," kata Solskjaer. "Kami sedar dan kami tahu kami perlu perbaiki diri.



"Seperti yang saya telah banyak kali katakan, kami miliki kakitangan jurulatih yang hebat. Mereka fokus pada latihan, saya tidak minta lebih lagi daripada mereka."



United kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara awal pagi ini (waktu Singapura) berdepan pendahulu kumpulan Atalanta di Old Trafford.



Anak didik Solskjaer menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan F setelah mereka tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Young Boys tetapi bangkit dari ketinggalan untuk mengatasi Villarreal dengan gol kemenangan pada saat-saat terakhir perlawanan.



"Semestinya tiada yang gembira tetapi kami fokus dan tekad bangkit. Anda lihat pada diri sendiri dan bertanya apa yang boleh anda lakukan untuk bantu pasukan.



"Saya pernah lihat reaksi pasukan bangkit. Dibolosi empat gol (menentang Leicester) memang mengecewakan dan kami perlu pertingkat dan mengembalikan keyakinan dengan kemenangan ke atas Atalanta." - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >