LIGA PERDANA ENGLAND
Solskjaer tidak tahu mengapa United kalah
Tumpas 2-0 pada pasukan tercorot Watford walaupun 'persiapan mencukupi'
Dec 24, 2019 | 05:30 AM
WATFORD: Ole Gunnar Solskjaer berkata tiada alasan bagi pasukannya Manchester United kecundang di tangan pasukan tercorot Liga Perdana England (EPL), Watford, kelmarin.
Kekalahan yang dialami sebelum Krismas itu timbul selepas enam perlawanan tanpa kalah United, termasuk kemenangan memberangsangkan ke atas Tottenham Hotspur dan Manchester City.