Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Song Ui-young tinggalkan Lion City Sailors sertai kelab Thai

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS menghabiskan lebih sedekad di Home United dan kemudian Lion City Sailors selepas mereka diswastakan, pemain midfield Singapura Song Ui-young bergerak keluar dari "zon selesa" untuk menyahut cabaran baru bersama pasukan Liga 1 Thai, Nongbua Pitchaya.



Nongbua, yang sebelum ini merupakan kelab bekas bek tengah Sailors Jorge Fellipe dan penjaga Sailors semasa Izwan Mahbud, sedang bergelut dalam zon penyingkiran liga utama Thailand.



Mereka hanya memungut 10 mata daripada 15 perlawanan liga dan berada di tangga ke-15 daripada 16 pasukan.



Song, yang telah bersama Sailors sejak 2011 ketika mereka dikenali sebagai Home United, berkata dalam satu wawancara yang dimuat naik di laman web Sailors bahawa beliau mahu ke luar negara dan menjadi pemain yang lebih baik.



"Saya tidak boleh terus santai dan selesa di tempat saya sekarang jika saya mahu berkembang lebih jauh," kata pemain berusia 29 tahun itu.



"Saya perlu mencari platform baru untuk menambah baik, membangun dan terus menunjukkan prestasi yang baik sebagai pemain bola sepak."



Memenangi gelaran Liga Perdana Singapura (SPL) pada 2021 adalah kenangan kegemarannya sepanjang 11 musim bersama kelab itu.



Beliau menambah: "Sebuah pasukan Singapura belum pernah memenangi kejuaraan SPL selama tujuh tahun pada masa itu dan saya juga tidak pernah memenangi kejuaraan liga domestik sebelum itu.



"Ia adalah perasaan yang luar biasa untuk akhirnya meraih trofi."



Dilahirkan di Incheon, Korea Selatan, Song mengambil tiga percubaan sebelum mendapatkan pemastautin tetap Singapura pada 2020 dan menjadi warganegara setahun kemudian.



Sejak membuat penampilan sulung dalam skuad kebangsaan pada November 2021, beliau telah menjaringkan tiga gol dalam 16 perlawanan untuk negara angkatnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >