Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Sorakan penonton gamatkan suasana Tampines West CC

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Sorakan penonton gamatkan suasana Tampines West CC

Nov 23, 2022 | 06:10 AM

SUASANA di Kelab Masyarakat Tampines West semasa tayangan perlawanan Piala Dunia antara England dengan Iran gamat dengan sorakan penyokong malam kelmarin.

Tayangan percuma itu diadakan secara langsung sekitar 9 malam dengan seramai 100 penonton datang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Turut hadir di kelab masyarakat yang terletak di Tampines Avenue 3 itu ialah bekas pemain Liverpool dan Republik Czech, Patrik Berger, yang turun padang untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat yang beratur untuk mendapatkan tandatangannya di baju bola mereka.

Bagi peminat kelab Liverpool – Encik Sha, Cik Hawa Ahmad, Encik Zulkifli Marzuki, Encik Darien Loh dan Encik Ewan Seng – mereka berasa sangat teruja kerana dapat bertemu pemain bola sepak legenda itu buat kali pertama.

“Hari ini hari yang sangat istimewa bagi kami semua kerana bukan sahaja kami dapat berjumpa dengan Patrik Berger malah kami juga dapat menonton Piala Dunia bersamanya,” kata Cik Hawa yang juga ahli kumpulan Facebook YNWA SG, iaitu kelab peminat Liverpool yang mempunyai 5000 pengikut.

Walaupun mereka melanggani pakej Piala Dunia, suasana dan sorakan bersama peminat yang lain tidak boleh dibandingkan apabila menontonnya di rumah.

Turut hadir malam itu ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

“Ini adalah satu peluang untuk para penduduk Tampines terutamanya, berhimpun untuk bersama menonton Piala Dunia yang diadakan setiap empat tahun.

“Suasana sangat meriah dengan sorakan peminat pada malam ini,” katanya.

Selain di Tampines, peminat bola sepak juga boleh menonton Piala Dunia secara percuma di 65 lokasi lain – antaranya di 58 kelab masyarakat di serata Singapura, Pusat Sukan ActiveSG, bangunan Perpustakaan Negara, Hab Sukan dan kesemua lokasi Safra.

Di tempat ini, peminat bola sepak boleh menonton Piala Dunia yang diadakan di Qatar itu secara langsung bermula Ahad ini.

Ini adalah satu peluang untuk rakyat Singapura menyorak pasukan kegemaran mereka, mencipta kenangan manis dan pengalaman bersama penyokong yang lain.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3